Pages

Photobucket

Thursday, January 7, 2010

Mengejar Bahagia

Dalam mengejar bahagia
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Matlamat yang sama kaedahnya berbeza
Destinasinya satu tapi jalannya berliku
Lalu bermacamlah cara mencapainya

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
Tidak kurang yang merasakan bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan

Namun,
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah

Hakikatnya,
Bahagia itu dari dalam diri
Asasnya iman pada Ilahi
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati TUHAN

No comments:

Post a Comment