Pages

Sunday, November 11, 2012

Nah, Untuk Awak!

Untuk mereka yang 'kehilangan',
time to move on and let go perhaps? :)


Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih daripada segala-galanya.

Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untukk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yang mahu kita lakukan.

~nua, m/s:285-286~

Wednesday, September 26, 2012

Dah Berhabuk..

Lama laman ini menyepi. Tanpa terusik. Sejak kaki melangkah keluar daripada universiti, sejak itulah ia tidak terisi. Jika ia sebuah rumah, sudah tentulah ia telah dipenuhi dengan habuk dan debu. Bahkan mungkin juga telah bersawang.
 
Entahlah. Mood menulis tiada. Hilang pergi dibawa angin waktu. Tulis, padam. Tulis lagi dan padam. Akhirnya tak tulis-tulis. Mungkin juga disebabkan tidak dapat online. Laptop pun hanya jarang-jarang dibuka. Apa pun, alasan tetap alasan. Orang kata, kalau nak seribu daya, kalau tak nak cukuplah dengan satu dalih. Tak payah nak beribu dalih, kan? :)
 
Sesaat berlalu. Seminit, sejam dan seterusnya hari berganti hari. Masa berlalu pergi. Meninggalkan saat-saat yang lepas. Tapi tetap berjalan untuk saat-saat yang seterusnya. Masa yang berlalu itu jauh meninggalkan manusia-manusia yang leka dan lalai. Dan beruntunglah manusia yang menghargai setiap detik tanpa sedikit pun mensia-siakannya.
 
 
Hargailah apa yang hadir dalam kehidupan kita. Setiap yang manis kadangkala boleh menghiris, setiap yang indah kadangkala membawa padah tapi bukan semua yang pahit itu sakit. Segalanya tersembunyi hikmah yang mungkin hanya mampu dilihat oleh hati yang redha dan syukur. Kadangkala yang hadir itu bukannya takdir, tapi mungkin Allah datangkan untuk menyuruh manusia berfikir. Jadi, pandanglah dengan pandangan iman dan taqwa.

 

Friday, June 1, 2012

Dakwah Itu Cinta

~ cinta yang mengikat hati-hati ini kepada Pencipta ~ 

"..Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus." 
[Al-Hujurat, 7]

Dakwah itu cinta,
yang bermuarakan cinta kepada Allah swt,
cinta kepada RasulNya,
cinta kepada kaum keluarga, 
cinta kepada masyarakat.

 Dakwah itu cinta,
memastikan setiap hati terasa keindahannya..
menjadikan nurani mudah tersentuh dengan kelembutannya..

bukanlah dakwah jika ia menyakiti jiwa..
hingga akhirnya manusia meminggirkan agama.


Thursday, May 17, 2012

Quote 2: Kasih Sesama Saudara

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar berkongsi gambar.
Like people said "a picture can speak thousand words"




Moga yang baik itu kita sama-sama ambil manfaat,
Dan yang buruk itu kita cuba jauhkan.

sumber: fb kisah wanita


Monday, May 14, 2012

Quote 1: Just Believe




Just believe in Allah.
He knew the best, right?
^__^


Saturday, April 21, 2012

Awan, Dengarlah Nasihat Hujan

Awan : Hujan, tolong jangan pergi.

Hujan : Awan, ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban hanya kerana tidak ingin aku pergi.

 Awan : Tapi aku masih mampu.

Hujan : *senyum* Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?

Awan : *diam*

Hujan : Aku harus patuh pada Tuhan kita. Dan kau pun harus akur pada Dia. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.

Awan : *mahu menangis*

Hujan : Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih? *sebak menahan perasaan*

Awan : Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Hanya demi Tuhanku. Terima kasih Hujan. Mendengarmu, aku mengenalku.

Hujan : *Allahu Rabbi* Selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain.

Awan : *airmata jatuh tanpa henti*

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Saat dilepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat, cantik bukan? :)

Subhanallah Alhamdulillah Allahukbar.

Kemanisan selepas kepahitan.
Kesenangan selepas kesusahan.
^___^

sumber: disini


Friday, April 6, 2012

Maaf, Saya Sibuk!!

24 jam yang berharga

Subhanallah, Maha Suci Allah
Tuhan yang menciptakan keindahan untuk kami nikmati agar bertambah keimanan kami kepada-Nya.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah
Tuhan yang memberikan keizinan untuk kami terus hidup di atas muka bumi yang terhampar luas ini.

Allahu Akbar, Allah Maha Besar
Tuhan yang Maha Berkuasa, menurunkan rezeki dan bala agar bertambah tawakkal kami kepada-Nya.

Terima kasih, Ya Allah..

A: Adda, jom gi masjid malam ni. Ustaz Ariff bagi talk..tajuk pun best 'destinasi cinta'.
B: Maaf, saya sibuk sikit malam ni. Awak ajaklah sahabat-sahabat yang lain. Saya kena siapkan report, esok kena hantar. Assignment pun ada 2 yang kena hantar esok. Dan-dan esok jugalah, lecturer nak buat kuiz. Maaf ye, lain kali kita gi sama. 

Realiti sebagai pelajar, kadang-kadang kita berdepan dengan situasi ini. Sibuk dengan lectures. Sibuk dengan assignment. Sibuk nak study. Sibuk nak exam. Sibuk dengan itu. Sibuk dengan ini. Sibuk sangat-sangat. Tapi kalau sibuk yang dijadikan alasan, memang tak ada orang boleh pertikaikan sebabnya ia memang ternyata benar. Maka, tak perlulah nak susah-susah gi dengar ceramah, pergi majlis ilmu...sebabnya pelajar memang sibuk kan? ^^ Itupun kalau benar-benar sibuk (:
 
A: Akim, kau pergi tak usrah esok?
B: Tak gi kot. Aku sibuk la. PSM aku ni tak gerak-gerak lagi ni. Projek tuk bahasa Jerman aku ni pun x sentuh lagi. Ada discussion lagi malam esok. Arghh..tension!!

Ini gaya pelajar tahun akhir. Sibuk dengan projek itu, projek ini. PSM lagi. Logik la kan kalau tak gi usrah sebab sibuk?^^ B-) 
cool Tapi kalau tengok jadual lecture, tahun dua, tiga lagi penuh. Kelas pukul 8 pagi sampai 6 petang. Full tu. Dah la lima enam subjek core. Assignment pun banyak. Kuiz tiap-tiap minggu pun ada.Tapi dulu-dulu pergi je usrah tiap-tiap minggu. Dah jadi aktiviti wajib kot setiap minggu. Bila dah jadi senior ni, boleh la kot nak escape usrah. Mungkin sebab dah tahu semua tu, usrah pun bincang yang sama je. Sebab senior ni ada alasan sibuk, jadi tak perlulah pergi. Kononnya, jadi senior ni sibuk =)
 
A: Awak nak jadi tak ajk Program Dakwah Kampus? Kami tak cukup orang lagi ni..
B: Hmm.. Takpelah, awak tanya orang lain dululah.. ana sibuk dua tiga minggu ni. Test dah nak dekat. Ana nak fokus untuk study..

Masa pegang jawatan dalam persatuan dulu, takde pulak kata sibuk. Siap offer diri lagi nak join segala aktiviti yang u anjurkan. Yelah kan, tu sebab nak dapat merit. Walau sibuk dengan pelajaran tapi kena join jugak aktiviti-aktiviti lain. Tapi sebab program ni mana ada merit, tak join pun takpe. Walhal, 'merit' kat Sana nanti lagi mahal harganya.

Maaf, saya sibuk..
Eh, aku busy la...
Sory, ana sibuk sekarang ni...
Sibuk! Sibuk! Sibuk!...

Kalaulah sibuk itu dijadikan alasan, maka tak ada orang la yang akan pergi usrah, yang nak buat kerja-kerja Islam. Sebab semua boleh bagi alasan sibuk tu. Bila asyik-asyik bagi alasan sibuk, lama-lama sebut je usrah, program ilmu, kerja-kerja dakwah..mulut automatik akan kata sibuk. Padahal takde maknanya sibuk kalau siap boleh goyang kaki lagi, siap boleh gi shopping makan angin.

Ini baru je bergelar pelajar. Belum lagi berkerjaya, berkeluarga. Ada suami/isteri dan anak-anak. Kalau dah bekerja dan berkeluarga, maunya sibuk semedang! Nak fikir usrah, majlis ilmu pun takde masa, lagi-lagi nak buat kerja-kerja untuk Islam. Sibuk la katakan!
 
MAKA, beruntunglah orang yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja Islam, sibuk mengutip bekalan ukhrawi disamping sibuk dengan urusan harian yang sedia ada tapi tak pernah melafazkan kata sibuk itu. Sibuknya bukan alasan tapi dia sentiasa sibukkan dengan amalan. Beruntunglan manusia-manusia yang sentiasa sibuk, sibuk untuk Allah!

Semoga kita semua terutama diri yang menulis ini tidak tergolong dalam golongan manusia yang sibuk beralasan. Biarlah sibuk kita untuk Allah :)
 
 
 

Thursday, April 5, 2012

Doa Untuk Saudaraku


 
Wahai Mujahideen
Hari ini jihad kita nampak lelah
 Pertarungan kebenaran dan kebatilan ini semakin parah
Namun kebenaran wajib melenyapkan apa yang salah
Jangan sedikitpun kita merasa sedih dan kalah
Allah pasti akan memuliakan syahidnya pejuang fi sabilillah 
Jadi ucapkanlah
“Alhamdulillah”

Wahai Mujahideen
Warnai sejarah Islam kita dengan darah perjuangan
usah lengah! Sarungkan perisai aqidah dan tauhid tuhan
singsingkanlah lengan bajumu dan majulah kehadapan 
carilah maut niscaya dianugerahkan kekuatan
 biar nanti kau mati pasti ada ganjaran
Pahala yang besar di akhirat. Daerah keabadian.

Doa Untuk Palestin 

“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, 

Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. 

Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka.
 
Ya Allah, makbulkanlah doa kami.
Amin.

Tuesday, March 13, 2012

Cinta Halal Haram


Pernah seorang pemuda bertanya satu soalan kepada Iman Hassan Al-Banna;
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"

Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab;
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram".

Jika orang kata bercinta itu haram, saya geleng kepala tidak setuju. Cinta itu fitrah. Tidak haram. Yang haram ialah cara manusia menyalurkan cinta itu. Jika bukan pada yang berhak, jika ternyata melanggar syariat, sudah pasti ia haram! Tiada kompromi dalam hal itu.

Dan jika orang kata bercinta sebelum kahwin itu haram, saya berfikir berkali-kali. Haramkah? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi jika orang kata bercouple sebelum kahwin itu haram, tanpa berfikir panjang, saya kata haram. Couple bukan budaya Islam. Harus jelas disini, bercinta dan bercouple adalah dua perkara yang berlainan. Nyata berbeza sama sekali!

Saya setuju dengan prinsip cinta Hilal Asyraf; "cinta itu adalah kita ingin bersamanya hingga ke syurga. Apa-apa yang membawanya ke neraka, itu bukan cinta namanya"

Maka, jika benar jatuh cinta, pandulah cinta itu ke arah redhaNya. Ikuti apa yang Islam anjurkan. Bukan dengan bercouple bukan juga ke arah kehancuran!


Mari meraih cintaNya!

Monday, January 2, 2012

Cebisan Kisah Lalu

Dalam hidup ini, ada beberapa perkara yang memang tak boleh diubah. Walau macam mana sekalipun kita cuba ubah, tapi tetap takkan berubah. Dan antara yang takkan berubah itu ialah masa lalu.

Masa lalu, memang tak boleh diubah dan tak boleh diputar kembali. Masa lalu adalah sejarah yang takkan berubah sampai bila-bila. Tapi, kalau pinjam alat Doraemon, bolehlah kot nak kembali ke masa lalu dan cuba ubahnya =,=

Secara realitinya, kita memang tak boleh nak buat apa dah dengan masa lalu. Kalau boleh pun, boleh jadikan pengajaran je.

Hari ni dah 2 januari 2012. Bermakna dah dua hari meninggalkan tahun 2011. Dan tahun 2011 itu dah jadi masa lalu buat saya dan kita semua. Saya tak ingat bagaimana permulaan tahun 2011 saya. Tapi, yang pastinya pengakhiran tahun 2011 takkan saya lupakan. Tapi dalam masa terdekat ni lah. Lepas ni, mungkin terus lupa kot^^

tahun berganti tahun..masa terus berlalu

Pengakhiran tahun 2011 sedikit sukar buat saya. Masa dimana hidup saya haru-biru, kelam-kabut, tidak terurus dan saya hilang punca. Bermain dengan emosi dan perasaan, bergelut dengan tanggungjawab sebagai pelajar, berhadapan dengan amanah yang diberikan, cukup saya katakan saya terumbang-ambing.

Dan tidak saya nafikan, ada air mata yang bercucuran, ada hati yang tidak sengajakan saya lukakan dan ada amanah yang terpaksa saya biarkan. Mungkin air mata itu adalah air mata untuk melepaskan segala penat, lelah, serabut di kepala dan jiwa.

Tapi dalam kekacauan hidup itu, ada juga saat bahagia yang tercipta. Mana mungkin hidup ini dipenuhi dengan kesulitan sepanjang masa. Sudah Allah janjikan dalam firmanNya "tiap-tiap kesulitan itu akan disertai kemudahan" Kesulitan hidup dan kesenangan hidup, semuanya bersilih ganti.

Di penghujung 2011 juga, saya azamkan dua perkara. Namun dukacitanya, kedua-duanya tidak mampu saya laksanakan. Dan hari ini, 2 jan 2012, salah satunya telah terlaksana. Alhamdulillah, walau sedikit terlewat. Better late than never, right^^

2012, terus akan berjalan seiring masa. Dan harapnya 2012 ini akan menjadi masa lalu yang sangat berharga, yang cukup indah untuk dikenang.