Pages

Photobucket

Monday, June 27, 2011

Kenapa Asyik Perempuan Yang Kena?

Blank. Tak ada idea untuk berkongsi cerita. Tiada ilham untuk bermadah pujangga. Sekadar mengisi sepatah dua. Biarpun copy paste cuma. :-)

Buat yang bergelar hawa, yang memegang status sebagai seorang perempuan, yang bernama wanita..ketahuilah olehmu. Ini untukmu dan untukku. Kerana aku juga seorang perempuan, kaummu jua.

*****

Asal baca blog ini, cerita tentang perempuan, asal tengok blog itu, berbicara mengenai perempuan. Kebanyakkan berunsur nasihat, tapi, kenapa asyik perempuan yang kena? Lelaki tak buat dosa juga ka.

Paling hot, cerita tentang aurat. Pantang nampak perempuan free hair, pakaian sendat, mesti dicerita habis. Kalau aurat lelaki, jarang-jarang kena cerita. Macam lelaki ni tiada aurat.

Spesifik lagi, bab tudung. Itupun kena hentam, walhal, tutup juga, ikut syariat juga. Cuma nak berfesyen, salah kah pula?

Ya, kat jalan raya lagi, bila ada silap sikit tentang pemanduan, mesti ayat standard “Lo, patutlah, perempuan”. Lepas tu mesti cerita bengang tengok perempuan bawa kereta. Lelaki ni terer sangat bawa kereta? Perfect sangat?

Asal masuk bab mengumpat, terus mata tengok perempuan. Mula tulis macam-macam cakap perempuan kuat mengumpat. Lelaki pun pandai mengumpat juga kan?

Tak kira apa lagi, balik-balik, perempuan juga kena. Tak adil langsung. Diskriminasi sungguh!


kerana dirimu begitu berharga..

Namun,

Ketahuilah olehmu wahai WANITA,

Berapa banyak yang menyayangimu, menasihatimu. Perhatian yang diberikan bukan sekadar suka-suka, tapi kerana dirimu adalah perhiasan dunia. Seindah hiasan pastinya wanita solehah.

Berapa banyak peringatan buat wanita, hingga jarang kita lihat peringatan buat lelaki. Kerana itulah tanda kasihnya lelaki kepada wanita.

Kerana kamu tinggi nilainya. Kerana kamu sangat istimewa. Istimewa disisi dunia dan di mata Allah, jika kamu wanita solehah, perempuan beriman.

Kerana kamu wanita, maka beruntunglah kamu semua. Beruntung mendapat cinta yang tak terhingga.

.:sumber

Wednesday, June 15, 2011

Trilogi Aku Terima Nikahnya

Kompilasi Best Seller 3 In 1
Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga, Murabbi Cinta

CORETAN PENULIS

Saya bukan novelis.

Saya bukan penulis.

Saya belum ada ciri-ciri yang lazim terkait sebagai seorang penulis.

Saya hanyalah seorang anak, suami, bapa, adik, saudara, rakan, da’ie serta insan pejuang yang menulis.

Menulis kerana itu cara saya memberitahu diri. Menulis kerana itu cara saya memaham erti. Menulis kerana ia dan diri sudah sebati. Malah menulis kerana itu cara saya menentang mati. Agar di satu hari nanti, saya tidak mati oleh sebuah kematian. Tulisan tinggal sebagai rakaman. Rakaman tentang kehidupan. Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri.

Segalanya bermula di situ.

Aku Terima Nikahnya (2008), bermula daripada percubaan saya untuk memahami apa yang telah dan sedang saya lalui. Menilai kembali setiap satu langkah kecil yang diambil menuju kehidupan berumahtangga, Tauhid dan cinta menjadi sendi dan nadi membina mahligai impian.

Saya tidak pernah membayangkan Aku Terima Nikahnya diangkat sebagai manual cinta. Ia bukan cerita cinta. Ia cerita kehidupan.

Namun menjenguk kehidupan daripada jendela cinta, lebih sering mengurniakan pelangi, warna yang menghimpun semua perasaan kita. Calon pencinta menjadikannya sebagai persediaan. Pencinta semasa mengambilnya sebagai perencah rasa. Pencinta semalam bercermin diri menjadikannya sebagai renungan. Aku Terima Nikahnya tersedia untuk semua.

Aku Terima Nikahnya pergi terlalu jauh.

Abang dan kakak berpesan kepada adik, suami dan isteri saling memujuk pasangan membelek.

“Bacalah, bang. Ini bukan buku perempuan. Ia perspekif lelaki. Seorang suami. Seperti abang!” pujuk seorang isteri.

“Bacalah yang. Ini buku untuk perempuan. Hakikat lelaki untuk isteri memahami suami. Seperti abang!” rayu seorang suami.

Aku Terima Nikahnya terbuka kepada apa sahaja bentuk tanggapan dan jangkaan. Namun setinggi syukur kepada Allah atas setiap kebaikan yang diperolehi oleh mereka yang memanfaatkan. Perjuangan Aku Terima Nikahnya adalah untuk menyuntik keyakinan, bahawa kebejatan fitnah hidup semasa, tidak sama sekali menjadikan cinta dan perkahwinan berteraskan Islam, mustahil tegak di tengah arus yang derunya bertentangan.

Bercinta Sampai ke Syurga (2009) memanggil burung pulang ke sarang. Puas terbang tinggi meninjau kehidupan, sekual Aku Terima Nikahnya ini menjemput pembaca untuk terus menyapa awan namun kaki jangan memencil bumi.

Ia penuh dengan liku-liku perjalanan rumahtangga dan perkahwinan. Antara pedas, manis dan pahit. Tiga rasa yang merencah realiti kehidupan.

Jika Aku Terima Nikahnya membekalkan saranan membina kehidupan bersendikan Syariatullah, Bercinta Sampai ke Syurga pula menyuluh keperluan Sunnatullah. Syariat dijaga, hukum hakam dipelihara, namun rumahtangga tetap bergelora kerana Kitab Kalam tidak harus terpisah daripada Kitab Alam. Sunnatullah yang ditempa Allah sebagai sifir kehidupan, jangan disanggah, jangan diremeh temehkan.

Membina jambatan keserasian antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, ahli keluarga dan persekitaran, semuanya harus tunduk kepada hukum alam tentang hubungan manusia.

Pertemuan saya dengan sisi kedua selepas Aku Terima Nikahnya, sungguh menginsafkan. Ia mengajar saya untuk lebih manusiawi terhadap isteri dan anak-anak, belajar seni rasa dan seni kata, bukan jauh meninjau seberang, tetapi bersuluhkan kekayaan jiwa insan bergelar Nabi. Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam sendiri yang hangat watak dirinya terhadap para isteri dan anak-anak.

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku” – Al-Hadith

Segala atas dan bawah, hitam dan putih, salah dan betul yang terakam di dalam naskhah Bercinta Sampai ke Syurga, adalah usaha-usaha saya untuk menjadi manusia terbaik di pandangan baginda, juga pandangan Allah yang Esa.

Perkahwinan bertambah usia, anak-anak bertangga dewasa. Rumahtangga beralih ke fasa seterusnya, nikmat dan cabaran saling bersulam mematangkan kehidupan. Di medan itulah Bercinta Sampai ke Syurga menghidang cerita. Serunya bukan untuk kehidupan yang sementara. Ia suatu jemputan, mengajak pasangan yang hangat berkasih, bercinta selama-lamanya, hingga ke Syurga.

Hanya satu syarat ketetapan.

Taqwa yang benar kepada Tuhan.

Murabbi Cinta (2010) bukan ulangan cerita.

Setelah Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga bermain peranan di pesada kembara insan mengenal Tuhan dan kehidupan, Murabbi Cinta mahu mengenengahkan sumber inspirasi terbesar seluruh perkongsian.

Cinta Hollywood.

Cinta Bollywood.

Pelbagai modul cinta terhidang di depan mata.

Hingga kita mungkin terlupa, bahawa tiada insan yang hatinya mampu berkasih, seperti naluri Murabbi Cinta, Uswah Hasanah teladan mulia, Muhammad yang Amin, sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Masakan tidak, setelah romantiknya kita tekuni, belas ihsan hatinya kita hayati, gurau sendanya kita teladani, tegas benarnya kita ikuti, tidakkah sebesar-besar cinta adalah cintanya kepada setiap kita? Mencintai manusia yang belum ada. Hingga hidupnya tidak berwasiatkan sisa, kecuali pedoman untuk sahabat dan ikhwan, yakni kita kaum mukminin di zaman kemudiannya, yang pernah mengusik jiwa baginda, akan rindunya kepada kita.

Itulah tema Murabbi Cinta.

Mengajak diri saya meneladani seorang Nabi.

Utusan Allah yang tidak pernah mensesiakan kuasa cinta, pada menjinakkan umat kepada agama. Cinta dan Tauhid menjadi satu, bekalan teragung sepanjang zaman.

Sunnahnya menjadikan kita hidup bercara.

Sunnahnya menjadikan masalah dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa.

Sunnahnya mencegah lemah dan putus asa.

Sunnahnya terungkap di naskhah Murabbi Cinta, agar semua kebaikan yang sempat dilontar cerita, menambahkan penghargaan dan kasih, kepada mahaguru kita yang satu, Rasulullah Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam.

.:Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

*****
Antara 3 buah buku ini, saya hanya memiliki 2 buah (Aku Terima Nikahnya & Bercinta Sampai Ke Syurga) dan telah selamat mengkhatam dengan jayanya. InsyaAllah, isinya sangat berguna dan bermanfaat untuk tatapan semua lapisan usia.

Friday, June 10, 2011

Jangan Kamu Marah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Satu hari datang seorang pemuda kepada Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah, berikan aku nasihat".
"Rasulullah saw menjawab, jangan kamu marah"
“Lelaki itu bertanya lagi, apakah ada lagi nasihat yang lain?”
“Rasulullah menjawab, jangan kamu marah”
“Sekali lagi lelaki itu bertanya”
“Rasulullah SAW tetap menjawab, jangan kamu marah”
(sila rujuk hadis 16. Jangan marah)

Berkali-kali Rasulullah mengulangi nasihat yang sama; jangan kamu marah. Pasti ada sebabnya, bukan? Saya yakin dan percaya, pasti semua orang pernah merasai perasaan marah. Marahkan seseorang atau sesuatu. Jika tidak pernah, saya ucapkan tahniah kepada anda. Saya cukup kagum dengan anda kerana mampu mengawal kemarahan. Sungguh, kemarahan adalah sesuatu yang sukar dikawal.


“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Hadith Muttafaq ‘alayh]


Kenapa Rasulullah berpesan sedemikian? Kerana sifat marah itu adalah salah satu sifat mazmumah. Marah juga adalah antara sifat syaitan. Seringkali kita dinasihatkan, apabila berada dalam keadaan marah, maka berwudhu'lah. Kerana marah itu api, maka untuk meredakannya haruslah dengan air. Dan marah juga boleh menjadi satu permulaan kepada segala perbuatan buruk yang lain. Contoh mudah seperti mengumpat, menfitnah, bergaduh bahkan sanggup membunuh. Dasyatnya 'aura' marah apabila ia menguasai diri kita.


Namun, jangan disalah anggap. Tidak semua marah itu membawa keburukan. Kadang-kadang, marah itu bagus tapi pada tempatnya. Marah itu perlu namun harus kena dengan gayanya. Letakkan akal di atas nafsu bukan marah membuta tuli. Marah yang dicela ialah marah yang perlu dijauhi yakni bukan kerana Allah dan agama.


Kategori Marah

Menurut Imam Ghazali, golongan manusia yang marah ni ada beberapa kategori :
1) Yang cepat marah dan lambat reda
2) Yang cepat marah dan cepat reda
3) Yang lambat marah dan lambat reda
4) Yang lambat marah dan cepat reda


Yang paling bagus antara ni ialah yang ke 4 iaitu, lambat marah dan cepat reda. Agaknya kita tergolong dalam golongan yang mana? Tepuk dada, tanya diri, tanyalah iman..


Bila Saya Marah


Kata kawan-kawan, saya ni sukar menunjukkan marah. Betul ke? Entah, itu kata mereka. Sejujurnya, bukan tak marah tapi tidak mengekspresikan marah itu kepada umum. Saya lebih suka memendam perasaan marah itu. Bila marah, saya lebih suka mendiamkan diri. Atau menjauhi sumber yang membuatkan saya marah. Dan, jika terpaksa berhadapan, maka saya hanya mendiamkan diri. Mengawal kemarahan dalam hati.


Bila saya menunjukkan reaksi marah itu, mereka kata saya ni nampak garang. Pulak dah.. Tapi, ni marah-marah manja je :-) Jika betul-betul marah, saya tak suka bercakap. Sepuluh patah ditanya, satu patah saya jawab =p


Jadi, jangan buat saya marah ye ^_^.

Wednesday, June 1, 2011

Langkah Bermula

terus melangkah ke hadapan

Kata peribahasa, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’. Kalau masuk kandang harimau, macam mana pulak ye? Eh, lari topik pulak. Ok, kembali kepada tujuan utama.

16 Mei

16 Mei, bukanlah satu tarikh keramat, bukan jua hari bersejarah. Jauh sekali hari berbahagia. Namun 16 Mei 2011 adalah tarikh permulaan. Tarikh yang tidak penting untuk dikenang dan diingati, namun cukup penting untuk melaluinya. Penting untuk sebuah masa depan.
“Tarikh tunang ke?”
Jawapannya, bukan dan bukan.
“Ke tarikh kahwen?”
Yang ini lagikan bukan. Bukan sama sekali!
See, kan dah keluar soal kahwen. Ni terkena virus fb barangkali. Sejak akhir-akhir ni, ramai sangat yang post pasal kahwen. Asyik-asyik kahwen. Memang musim orang kahwen sekarang ni. Ishh..tak pasal-pasal fb pulak yang disalahkan.

Tarikh itu adalah tarikh permulaan sebuah perjalanan. Perjalanan ke alam baru yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Kenapa penting? Kerana, tanpa melaluinya maka sia-sialah belajar selama empat tahun di universiti. Tanpa praktikal, tak boleh nak grad :) Bermula tarikh ini, bermulalah fasa menjadi wanita berkerjaya tanpa gaji (erkk..berkerjaya sebab seorang sv kata “kamu bekerja disini, bukan belajar”). Mana nak dapat gaji, sebab ini hanyalah praktikal tanpa sebarang elaun. Semua terpaksa ditanggung sendiri :(

Menyesuaikan Diri

Seawal jam 7 pagi, kami (saya dan teman2 sekampus) berjalan kaki ke bangunan pentadbiran untuk melapor diri sebagai pelajar praktikal. Dengan peluh yang menitis, jam 7.15 pagi kami sudah terpacak di depan bangunan tersebut. Memang semangat! Pejabat pun tak buka lagi. Kalau ada anugerah pekerja paling bersemangat, memang kamilah calon-calon pemenangnya :).

Akhirnya hampir jam lapan pagi, barulah ada pekerja yang mula masuk ke pejabat. Dan kami dijemput masuk menunggu di dalam.
“eh, kenapa duduk kat sini? Masuklah, tunggu kat atas.” (sebab masa ni gaya kami macam dah x larat berdiri. Semua duduk kat tepi kolam depan pintu tu..kesian kan? :p )
Setelah melapor diri, kami terpaksa lagi berjalan kaki untuk mendaki bukit kerana bangunan tempat praktikal berada di atas bukit. Haishh..berpeluh lagi.

Dan sesi taklimat keselamatan, peraturan serta melawat seluruh bangunan ini pun bermula. Setelah itu, kami diberi sebuah bilik dimana semua pelajar praktikal berkumpul. Adalah dalam berbelas orang semuanya yang praktikal kat sini (ni pun x termasuk yang duduk dalam lab). Dari jam 10 pagi hingga lima petang, bermulalah hari yang sungguh membosankan. Hanya duduk bergoyang kaki di dalam bilik tanpa sebarang kerja. Sangat-sangat membosankan! Ingatkan hari pertama boleh balik awal, tapi tetap kena balik pukul lima. Sudahlah dengan perut yang kelaparan, cafe yang dekat semua tutup. Yang buka ada satu tapi tak larat nak jalan ke sana. Maka sepanjang hari, perut mendendangkan pelbagai irama :(

Hari pertama, belajar untuk menyesuaikan diri. Semoga hari-hari berikutnya mampu dihadapi dengan lebih meyakinkan. Bermula dengan langkah pertama, pasti akan ku gagahi hingga ke penamatnya.