Pages

Photobucket

Monday, March 29, 2010

B.F.F

BFF...sebut saja BBF, selalunya ia merujuk kepada 'best friend forever. Haa..apa kata kali ni kita tukar kepada 'BEST FRIEND FILLAH'. Still BFF kan? Lagipun..bila persahabatan kerana Allah, InsyaAllah ia lagi berkat. Bukankah itu yang kita mahu?..segalanya kerana ALLAH.

bertemu dan berpisah keranaNya

indahnya persahabatan kerana Allah

bahagia sama dirai...

duka sama dikongsi...




bisikan hatiku:

Sahabatku, aku sayang kamu kerana Allah.

Sunday, March 28, 2010

Muslimahku Sayang


Bidadari syurga impian dihati


Kau mawar ditaman larangan...


Hiasilah peribadimu

Muslimahku sayang, kau permata berharga



Friday, March 19, 2010

Nahnu Ansorullah


Kembara mencari tarbiyyah
Ditemani sahabat setia
Bagai ansar muhajirin menyulam cinta
Ukhuwwah diikat kasih kerana-Nya

Aral dan rintangan kami tempuhi
Berpenat lelah kami tak peduli
Masa tenaga kami korbankan
Harta dan jiwa jadi taruhan

Bagai bongkah bata tersusun kukuh
Membentuk bangunan teguh
Nahnu ansorullah
Nahnu ansorullah

Kami bulatkan tekad
Melangkah di jalan dakwah
Jangan diimpikan permaidani merah
Ujian menerpa kami tak goyah

" DERITA PERJUANGAN BUKAN 1 BEBANAN TETAPI 1 LATIHAN... GUNDAH PERJUANGAN BUKAN 1 ANCAMAN TETAPI 1 DIDIKAN... MEHNAH PERJUANGAN BUKAN 1 KEGUSARAN TETAPI 1 KEKUATAN... WALAU PERIT MANA PUN PERJUANGAN, SESUKAR MANA PUN PERJALANAN, KITA PEJUANG.... TABAHKAN HATI,KITA MUJAHID DAN MUJAHIDAH... KUATKAN DIRI TEGUHKAN TEKAD, MARA DALAM PERJUANGAN ISLAM ~ 'NAHNU ANSORULLAH'

bisikan hatiku: sape ada lagu ni? nak !..

Tuesday, March 16, 2010

Suka Duka Yang Berharga

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas segala nikmat dan kasih sayangNya. Syukur kerana masih diberi peluang untuk menyedut udaraNya dan bernafas seperti biasa.

Hmm..dah lama rasanya tak mencoret sesuatu disini. Mungkin kesibukan waktu membatas segalanya (sibuk sangat ke?..) dan ditambah pula dengan kekeringan idea untuk menulis. Tiba-tiba terasa nak menulis. Hmm..layan jelah.

Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Du'at (KPD) yang telah diadakan hujung minggu yang lepas berjalan dengan lancarnya. Nafas lega mampu ditarik kerana amanah yang dipikul telah berakhir. Teringat lagi kata-kata pengarah "ajk keselamatan yang paling penting sekarang..bukan ajk modul, bukan yg lain tapi keselamatan. Kalau ada apa-apa yang terjadi, ajk keselamatan yang bertanggungjawab" (lebih kurang macam ni la ayatnya..ingat2 lupa sbnrnya..hehe..). Saat ni, saya tak mampu nak kata apa-apa. Hanya hati yang berbicara "Ya Allah, beratnya tanggungjawab ni. Mampukah aku?"

Namun, Alhamdulillah..Allah permudah segalanya. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Tapi, letih juga lah menghalau monyet-monyet kat sana. Dah jadi pak guard saya ni kat sana. Orang lain dengar pengisian, saya sibuk menghalau monyet daripada menceroboh khemah-khemah kami. Nak buat macam mana, dah tugas kan? Tapi banyak juga bekalan makanan kami yang tak dapat diselamatkan. Biskut oat, air kotak, roti, nasi dan banyak lagi makanan kami dicurinya. Huhu..moden sungguh monyet2 ni. Dan, siap ada yang merajuk lagi dengan monyet-monyet kat sana. (sape ye..hehe, biarlah rahsia..) Maklumlah, habis sekotak biskut dicuri oleh monyet2 bertuah tu. Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membantu menghalau monyet2 tersebut. Ada yang kena kejar dengan monyet. Nasib baik lah monyet tu tak garang. Tapi akhirnya terpaksa minta bantuan daripada muslimin apabila kami berenam sudah tidak mampu lagi mengawalnya. Enam orang lawan berbelas-belas ekor..huhu. Akhirnya kami mengundur diri.

Kita tinggalkan kenangan bersama monyet buat sementara. KPD kali ini memberi pengalaman yang sukar untuk dilupakan baik kepada adik2 SG mahupun kepada fasilitator dan ajk sendiri. Pelbagai modul dan pengisian menarik yang disediakan terutamanya modul jalan-jalan pergi dakwah dan Dai'e Idol. Pelbagai ragam dapat disaksikan. Untuk modul jjpd, muka-muka tension adik2 jelas kelihatan. Mana taknya, terpaksa berdepan dengan fasi yang pelbagai ragamnya. Tahniah kepada fasi2 yang berjaya beraksi dengan baik. Ada yang jadi orang asli, ada yang jadi gangster, dan pendek kata mantap2lah lakonan mereka.

Jika jjpd menyaksikan kehebatan fasi2 berlakon, dai'e idol pula menyaksikan kehebatan adik2 menyerlahkan bakat terpendam mereka. Ada yang bersajak, ada yang jadi YB, tak kurang juga ada yang menjadi pakar motivasi dan penceramah. Tahniah kepada adik2 yang berani tampil ke hadapan walaupun dikritik hebat.

Semoga KPD kali ini memberi pengalaman yang cukup berharga buat semua yang terlibat. Dan semoga kefahaman yang diperolehi dari KPD ini mampu diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.

Wednesday, March 10, 2010

Ilmu Dan Iman

Alangkah bagusnya jika setiap muslim menghimpunkan antara ilmu dan iman. Alangkah agungnya seandainya setiap muslim menerapkan akhlak ahli ilmu dan pakaian ahli iman. Ada ilmu agama dan ada pula ilmu dunia. Ilmu agama memperbaiki diri dan hati, meluruskan tingkah laku dan mendorong kepada kebaikan serta menggalakkan berbuat baik dan berkasih sayang sesama manusia.

Manakala ilmu dunia ialah alat untuk menyingkap hakikat semasa, untuk memindahkan ummah dari dasar keterbelakangan dan kebodohan ke pangkuan kemajuan dan kemakmuran.

Ilmu agama menjaga seorang muslim agar tetap berakhlak mulia, bersopan santun dan mencintai orang lain. Sedangkan ilmu dunia menjadikan kita orang yang memahami realiti alam, menyingkap rahsia-rahsianya dan hidup harmoni bersamanya.

Dengan demikian, seorang muslim yang gemar dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu akan berjaya dalam hidupnya, sama ada melalui pelajaran formal atau belajar sendiri.

Kita amat memerlukan iman yang benar, yang terpantul pada tingkah laku. Dan kita sangat memerlukan ilmu yang berguna untuk memajukan diri. Sejumlah hadis Nabi selepas ayat-ayat al-Quran mendorong dan menggalakkan kita supaya menuntut ilmu, dan membezakan manusia berdasarkan perbezaan peringkat ilmu mereka.

Allah swt berfirman:
"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar: 9)

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah Fatir: 28)

Sedangkan Rasulullah saw. telah bersabda yang maksudnya:
"Siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalan ke syurga baginya."

Bersungguh-sungguhlah, wahai kaum muslimin untuk menuntut ilmu dan berusaha keraslah untuk mendalamkan iman, kerana kedua-duanya merupakan sayap untuk terbang menuju kemajuan bagi umat Islam pada setiap masa.

Monday, March 8, 2010

Yang Tersirat Disebaliknya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk, banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah Maha Bijak dan Maha Mengetahui.

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku melihat kesemua kalakatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam, setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tidak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri melihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu. Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata, sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu , ia tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. Mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun mereka masih lagi tidak mahu bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih ramai yang menghisapnya. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil melakukannya. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap menghampirinya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi mereka menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Meraka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.

MORAL & IKTIBAR

- Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan, manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu.
- Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat.
- Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.