Pages

Monday, January 2, 2012

Cebisan Kisah Lalu

Dalam hidup ini, ada beberapa perkara yang memang tak boleh diubah. Walau macam mana sekalipun kita cuba ubah, tapi tetap takkan berubah. Dan antara yang takkan berubah itu ialah masa lalu.

Masa lalu, memang tak boleh diubah dan tak boleh diputar kembali. Masa lalu adalah sejarah yang takkan berubah sampai bila-bila. Tapi, kalau pinjam alat Doraemon, bolehlah kot nak kembali ke masa lalu dan cuba ubahnya =,=

Secara realitinya, kita memang tak boleh nak buat apa dah dengan masa lalu. Kalau boleh pun, boleh jadikan pengajaran je.

Hari ni dah 2 januari 2012. Bermakna dah dua hari meninggalkan tahun 2011. Dan tahun 2011 itu dah jadi masa lalu buat saya dan kita semua. Saya tak ingat bagaimana permulaan tahun 2011 saya. Tapi, yang pastinya pengakhiran tahun 2011 takkan saya lupakan. Tapi dalam masa terdekat ni lah. Lepas ni, mungkin terus lupa kot^^

tahun berganti tahun..masa terus berlalu

Pengakhiran tahun 2011 sedikit sukar buat saya. Masa dimana hidup saya haru-biru, kelam-kabut, tidak terurus dan saya hilang punca. Bermain dengan emosi dan perasaan, bergelut dengan tanggungjawab sebagai pelajar, berhadapan dengan amanah yang diberikan, cukup saya katakan saya terumbang-ambing.

Dan tidak saya nafikan, ada air mata yang bercucuran, ada hati yang tidak sengajakan saya lukakan dan ada amanah yang terpaksa saya biarkan. Mungkin air mata itu adalah air mata untuk melepaskan segala penat, lelah, serabut di kepala dan jiwa.

Tapi dalam kekacauan hidup itu, ada juga saat bahagia yang tercipta. Mana mungkin hidup ini dipenuhi dengan kesulitan sepanjang masa. Sudah Allah janjikan dalam firmanNya "tiap-tiap kesulitan itu akan disertai kemudahan" Kesulitan hidup dan kesenangan hidup, semuanya bersilih ganti.

Di penghujung 2011 juga, saya azamkan dua perkara. Namun dukacitanya, kedua-duanya tidak mampu saya laksanakan. Dan hari ini, 2 jan 2012, salah satunya telah terlaksana. Alhamdulillah, walau sedikit terlewat. Better late than never, right^^

2012, terus akan berjalan seiring masa. Dan harapnya 2012 ini akan menjadi masa lalu yang sangat berharga, yang cukup indah untuk dikenang.