Pages

Photobucket

Monday, January 25, 2010

10 Surah Al-Quran Untuk Amalan ( Bhgn 2 )

Sambungan dari entry sebelum ini...

6. SURAH AL-KHAFIRUN

Sesiapa yang membaca surah ini, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terhindar dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. (riwayat Ar-Tarmizi)

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotaran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Satu lagi surah dari Al-Quran iaitu surah Al-Mulk yang mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis rasulullah saw, mereka yang mengamalkan membaca surah ini akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membaca setiap malam, insyaAllah akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah saw pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:

“Wahai Aisyah, isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran. Aisyah lalu berkata, “wahai suamiku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 3o juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Aisyah itu, rasulullah sambil tersenyum lalu menjawab “barang siapa yang membaca surah Al-IKhlas 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya.

Dari rasulullah saw pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a, “sesiapa yang hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan, surah ini dinamakan surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan dari kesusahan duniawi, dimudahkan dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, baginda membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah surah Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohan perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahupun jin.

Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
InsyaAllah…

Kita berusaha..yang menentukannya adalah ALLAH… semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Wallahua’lam..

No comments:

Post a Comment