Pages

Photobucket

Monday, January 17, 2011

~ IKLAN ~

Harga: RM16.00
Tarikh Terbit: 16 Januari 2011
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd

SINOPSIS

"Tak kenal maka tak cinta," Pepatah Melayu sudah lama menyebut demikian.

Allah menyebut, "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi." (surah al-Ahzab: 45-46)

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan 'Nabi,' dengan tugas, dengan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain.

Sekiranya ada seorang raja yang hebat, baginda akan menghantar utusan yang hebat, Begitu juga Allah, raja bagi segala raja, pastinya Dia mengutus utusan yang terbaik di kalangan hamba-Nya. Beliau mengutuskan Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan manusia.

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, adalah himpunan yang khusus mengenai Nabi Muhammad dengan olahan tersendiri. Ia bagi menarik perhatian pembaca khususnya generasi muda supaya mengenali Nabinya, mengetahui latar belakangnya, melahirkan rasa cinta sekaligus menurut jejak langkahnya. Dengan cinta kepada Nabi Muhammad, cintanya tersusun dan terarah. Mungkin cinta umatnya kini terpisah antara alam dunia dan alam akhirat, namun cintanya akan mempertemukan dengan Nabinya, kekasihnya di akhirat kelak.

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan

Bab 1
KENALI NABI AGAR LAHIR CINTA DI HATI
Muhammad Sebagai Utusan Kepada Seluruh Manusia
Muhammad Sebagai Saksi
Muhammad Sebagai Pemberi Khabar Gembira
Muhammad Sebagai Pemberi Amaran
Muhammad Sebagai Penyeru ke Jalan Allah
Muhammad Sebagai Lampu yang Menerangi
Nama Muhammad Dalam Quran
• Surah Ali Imran
• Surah al-Ahzab
• Surah al-Qital
• Surah al-Fath
Penjelasan daripada al-Quran
Keterangan daripada Hadis

Bab 2
TIGA TAHAP CINTA NABI
Maqam Islam
Abu Bakar As-Sidiq
Umar al-Khattab
Uthman bin Affan
Ali bin Abi Talib
Jaafar bin Abi Talib
Ansar
Abu Talhah al-Ansari
Saad bin Abi Waqqas
Sahl bin Hunaif
Abu Dujanah Simaak bin Kharasyah al-Ansari
Ziad bin Imarah
Abu Ubaidah
Khubaib bin Adi
Thumamah bin Uthal al-Hanafi
Mengikut Sunah Nabi dalam Segala Perkara
Sentiasa Berselawat Kepada Nabi
Sayang kepada Orang yang Sayang kepada Beliau Di Kalangan Ulama dan Orang Soleh
Membenci Bidaah Dhalalah (sesat) yang Bercanggah dengan Kehendak Nabi dan Kehendak Allah
Maqam Iman
Maqam Ihsan
Keindahan Fizikal
Keindahan Dalaman

Bab 3
88 CARA MEMBANTU NABI PENYAMPAI WAHYU
Peringkat Individu
Peringkat Keluarga Dan Masyarakat
Peringkat Pendidikan Formal, Sekolah Dan IPT
Peringkat Alim Ulama Dan Penuntut Ilmu Agama
Peringkat Intelektual, Pemikir, Wartawan
Peringkat Badan Dakwah, Kebajikan Dan Ngo
Peringkat Korporat, Pemerintah

Bab 4
CINTAKAN NABI CORETAN AKHIR
Syafaat Nabi Yang Diharap
Bertemankan Nabi Di Syurga
Engkau Bersama Dengan Orang Yang Engkau Kasihi
Hidup Nabi Yang Berprinsip, Serba Sederhana, Yang Penting Islam Dan Umatnya
Mimpi Nabi Bukan Kehendak Sendiri
Bahasa Indah Untuk Seorang Manusia Indah
Cinta Nabi
Cinta Sang Nabi
Cinta Agung
Bibliografi

** menarik untuk dimiliki...


Sunday, January 16, 2011

Tidak Seperti Dulu

Maha suci Allah yang memegang hati hamba-hambaNya. Ya Allah, tetapkan hati hambaMu ini.

Seusai mengaminkan doa, saya mendongak kepala memandang langit di atas. Biarpun terhalang dek bangunan, saya suka memandang ke luar tingkap itu. Ada ketenangan pada setiap ciptaanNya. Melihat langit biru dan awan berarak tenang memberi saya perasaan yang sukar untuk diluahkan.

Saya memuhasabah diri seketika. Perasaan saya kosong. Kenapa tiada lagi perasaan itu? Perasaan gementar dan berdebar-debar seperti sebelum ini. Mungkin kerana agak lama saya meninggalkannya. Hampir setengah tahun itu satu tempoh yang panjang. Perasaan itu hilang. Kembali memegang amanah selepas satu tempoh membuat saya kekok. Saya berusaha untuk menyesuaikan diri kembali. Namun, saya seolah gagal menemui rentak itu.

Bukan saya sengaja. Setiap perkara ada waktunya. Dan waktu ini mungkin waktu yang sukar buat saya. Banyak perkara yang berlaku. Banyak juga yang perlu difikirkan. Saya melepaskan satu keluhan kecil. Saya inginkan perasaan itu. Kerana gementar itu, saya berusaha melakukan yang terbaik. Kerana debaran itu, saya mempersiapkan diri dengan semaksimumnya. Ya Allah, aku ingin menjadi aku yang dahulu. Kembalikan perasaan itu untuk aku teruskan apa yang tersisa.


Buat renungan bersama.

Saujana - Patah Hati

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

Ya Allah, jangan biarkan aku tersungkur. Jangan biarkan aku hanyut. Tetapkan hati ini. Kuatkan diri ini. Peganglah erat hatiku agar aku terus dekat denganMu.

Sunday, January 9, 2011

Janji Yang Pasti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..selautan syukur hanya buatNya, Tuhan pemilik sekalian alam. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini. Dia yang Maha Penyayang masih sudi memberi pinjam nyawa untuk kita meneruskan perjalanan sebelum kembali ke negeri abadi.

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati" [Ali Imran: 185]

Sehari dua ini, saya dikhabarkan dengan berita sedih. Keluarga dan saudara-mara sahabat saya telah kembali menghadap Ilahi. Malah, saya juga tidak terkecuali. Benarlah janji Allah, sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma bezanya cepat atau lambat sahaja. Dan kita juga akan menyusuli mereka.

Kata sahabat saya, ini adalah peringatan untuk kita yang masih hidup. Hari ini, keluarga kita, saudara-mara dan orang sekeliling kita tetapi esok lusa mungkin giliran kita pula. Dia memberi peringatan bahawa kematian semakin dekat dengan kita. Jadikan ini ikhtibar untuk kita lebih bersedia menghadapi saat kematian dan kembali menemui Pencipta kita. Mudah-mudahan kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang terbaik serta dalam keadaan beriman.

UJIAN DARINYA

Kehilangan orang tersayang adalah salah satu bentuk ujian buat hamba-hambaNya. Siapa yang tidak sedih atas kehilangan orang tersayang? Namun, kita harus redha dengan segala ketentuanNya. Dia menguji sejauh mana keimanan hambaNya. Adakah kita redha atau sebaliknya.
"Apakah manusia itu mengira, Kami akan membiarkan mereka berkata: 'Kami telah beriman', sedangkan mereka belum diuji?" [Al-Ankabut: 2]

Kata-kata seorang nurse kepada ma saya; "tengok tu, anak dah meninggal pun dia tenang lagi" Balasnya, "saya redha, nurse". Bukan tidak sedih, bukan tidak menangis tetapi sajauh mana kita sayangkan seseorang, ingatlah Allah lebih lagi sayangkannya. Pesan nenek saya, "jangan layan sedih tu, kita pun akan ke Sana juga"

MATI ITU PASTI!

Kematian adalah suatu yang hak, yang benar, yang pasti dan akan dirasai oleh semua makhluk yang bernyawa. Selagi kita masih bernyawa, hargailah peluang itu. Sesungguhnya, dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita pulang.

Friday, January 7, 2011

Bersedia Untuk Tidak Bersedia

Kamu kena bersedia untuk tidak bersedia. Inilah kata-kata yang sering saya dengari hampir dua tahun ini.

Bersedia untuk tak bersedia? Macam mana tu?

Ok..macam ni. Kita tak tahu apa yang mungkin akan berlaku. Jadi kita harus bersedia untuk menghadapi segalanya. Bersedia dalam keadaan yang belum bersedia. Bersedia untuk menghadapi perkara yang tiba-tiba. Bersedia untuk sebarang kecemasan. Dengan kata lain, kita tahu bagaimana untuk menghadapi suasana yang berlaku diluar dugaan kita.

Arghh..rumit bukan? Ok, contohnya begini. Bayangkan tiba-tiba kawan kita jatuh pengsan sedangkan tiada siapa disitu. Apa yang anda akan lakukan. Panik? Tak tahu nak buat apa? Atau anda bertenang dan cuba menghubungi sesiapa untuk meminta pertolongan. Bersedia untuk tak bersedia disini adalah kita tahu apa yang harus dilakukan saat itu sedangkan kita tak pernah bersedia untuk menghadapi saat ini. Sudah jelas apa maksudnya?

Contoh lain. Anda diberi amanah untuk menjadi pengarah sebuah program tetapi anda langsung tidak mempunyai pengalaman. Anda dikehendaki menganjurkan sebuah program yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Atas nama amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada anda, anda tidak mampu untuk mengatakan tidak. Jadi, apa yang anda akan lakukan?

Secara jelasnya saya boleh katakan, bersedia untuk tak bersedia adalah kita tidak boleh berada dalam keadaan leka. Berjaga-jagalah untuk setiap masa. Biasakan diri kita dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Menghadapi keadaan tak bersedia juga perlukan persediaan. Bersedia dari segi perasaan. Bersedia untuk sebarang tindakan. Bersedia memahami keadaan.

Susahlah nak bersedia untuk tak bersedia. Sebab kita tak tahu apa yang menanti di hadapan. Kata hati kecil saya, senang-senang tak payah bersedia apa-apa! Erkk...!

Akhir sekali, kita tak bersedia untuk mati. Tapi, kita harus bersedia untuknya kerana mati itu pasti. Walaupun tidak bersedia, kita harus bersedia!

Monday, January 3, 2011

Kenangan Lalu Harapan Baru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Setelah seketika meninggalkan dunia blog, membiarkan ia sunyi tanpa coretan, permulaan tahun 2011 diharapkan memberi semangat baru. Semangat untuk menulis khususnya. Sedar tak sedar, sudah dua hari kita meninggalkan tahun 2010. Dan tirai 2010 melabuh pergi membawa sejuta rasa di hati, pengalaman, kebahagiaan, kedukaan dan pelbagai ragam hidup.

Rakaman perjalanan hidup sepanjang 2010 tersimpan kukuh di hati. Bersama kedukaan di pengakhiran tahun, air mata kedukaan, tangisan kekecewaan, harapan yang berkecaian, saya melangkah dengan harapan baru. Semoga tahun ini menjanjikan sinar baru. InsyaAllah.

Hidup harus diteruskan bahkan harus dijalani dengan lebih baik. Jangan dikesali apa yang telah terjadi. Itulah pengalaman yang akan mendewasakan kita. Yang manis bertambah manis tetapi yang pahit tetap ada manisnya. Cuma tinggal kita saja yang harus mencari dimana kemanisan disebalik setiap yang berlaku itu.

Tahun baru, azam baru, semangat baru, semester baru..jom sama-sama memperbaiki diri, merealisasikan mimpi dan memburu kejayaan!

p/s: teringat masa zaman sekolah dulu, excited pergi sekolah sebab baju baru, kasut baru, beg baru, semua baru..