Pages

Photobucket

Saturday, January 30, 2010

Tak Mampu Ku Hindari

Air mata perlahan-lahan membasahi pipi. Perasaan saya bercampur aduk. Antara sedih, bersalah, menyesal, serabut, down...semuanya menjadi satu..membuatkan hidup saya tidak tenang. Sedih melayan perasaan ketika membaca sebuah cerpen, bersalah kerana telah melukai hati seseorang, menyesal kerana bertindak mengikut nafsu, serabut dengan segala bebanan kerja dan down dengan semangat yang kian hilang.

Namun, rasa bersalah lebih mengatasi segalanya. Bersalah kerana menyebabkan orang lain terasa dengan kata-kata saya. Mungkin seorang, mungkin dua atau mungkin lebih yang telah terasa dengan saya. Namun saya pasti, ada yang terasa. Percayalah, saya tak bermaksud untuk melakukannya. Bukan itu niat saya.

Betullah kata orang, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sesalnya tak sudah'. Mungkin ada yang menyokong tindakan saya, namun itu tidak membuatkan rasa bersalah itu hilang. Kerana saya tahu, ada hati yang terluka.
Tak mampu ku hindari apa yang telah terjadi. Done is done, past is past. Tiada apa yang boleh mengubahnya. Namun yang kupohon, maafkanlah saya. Maafkan kekhilafan diri ini. Kerana saya insan yang tak sempurna, punyai banyak kelemahan dan kekurangan. Maafkan segala salah dan silap saya. Hanya ini pintaku.


Bisikan hatiku:
Andai saya pernah menyakiti sesiapa.. baik secara sengaja mahupun tidak, saya minta maaf..

Friday, January 29, 2010

Pintu Rindu

Pintu Rindu

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa..
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..

Biarkan airmata melimpah
Biarkan luluh cinta tercurah
Segala kasih rindu tertumpah
Seluruh hati aku berserah

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu
Hidup matiku hanya untukmu

Hidup matiku hanya untukmu..

Tuesday, January 26, 2010

Damai Yang Ku Cari


Hijau itu kedamaian,
Hijau itu ketenangan..


cantik...




Subhanallah...



indah ciptaanMu...



jangan ikut resmi lalang...


sehijau warna daun...



Melihat kehijauan..

Hati inginkan kedamaian..

Inginkan ketenangan..



Tenanglah hati..

Hadapi dengan kekuatan diri..


Monday, January 25, 2010

10 Surah Al-Quran Untuk Amalan ( Bhgn 2 )

Sambungan dari entry sebelum ini...

6. SURAH AL-KHAFIRUN

Sesiapa yang membaca surah ini, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terhindar dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. (riwayat Ar-Tarmizi)

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotaran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Satu lagi surah dari Al-Quran iaitu surah Al-Mulk yang mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis rasulullah saw, mereka yang mengamalkan membaca surah ini akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membaca setiap malam, insyaAllah akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah saw pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:

“Wahai Aisyah, isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran. Aisyah lalu berkata, “wahai suamiku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 3o juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Aisyah itu, rasulullah sambil tersenyum lalu menjawab “barang siapa yang membaca surah Al-IKhlas 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya.

Dari rasulullah saw pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a, “sesiapa yang hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan, surah ini dinamakan surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan dari kesusahan duniawi, dimudahkan dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, baginda membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah surah Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohan perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahupun jin.

Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
InsyaAllah…

Kita berusaha..yang menentukannya adalah ALLAH… semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Wallahua’lam..

Friday, January 22, 2010

10 Surah Al-Quran Untuk Amalan

Assalamualaikum wbt.
Salam Jumaat buat semua..semoga apa yang kita lakukan hari ini akan diberkati olehNya.

Dibawah ini ada 10 surah untuk kita amalkan yang mana terdapat bermacam-macan kelebihan. Mungkin kita boleh kongsikan demi manfaat bersama..insyaAllah

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD SAW.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca surah Al-Fatihah sebelum tidur diikuti dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteran dan akan jauh dari gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lain dengan izin Allah swt.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda rasulullah saw, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin. Sesiapa yang membaca surah Yaasin, nescaya ditulis oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya . (hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a)

Rasulullah saw juga bersabda, surah Yaasin dinamakan dalam kitab Taurat dengan sebutan At-Mu'ammah (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahupun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, nescaya Allah akn mengampunkan dosanya. (hadis riwayat Malik, Ibnu Sunni dan Ibnu Hibban)

Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari kiamat.

3. SURAH AD-DUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis rasulullah saw, mereka yang mengamalkan surah ini pada tiap-tiap malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insyaAllah akan memperoleh lesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali selepas solat asar, insyaAllah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan surah ini sebanyak 1000, maka Allah swt akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1000 kali juga selepas solat isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dia dapat melihat rasulullah saw dalam tidurnya.

Bersambung...

Thursday, January 21, 2010

Siapakah Muslimah Sejati?

“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran".

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi. Dan ingatlah temanku, muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Buat yang bergelar kaum hawa, sama-samalah kita berusaha menjadi MUSLIMAH SEJATI..

Monday, January 18, 2010

Semaikan Cinta Ini

Berbicara tentang cinta, usah sempitkan pemikiran kita. Cinta itu luas maknanya. Cinta itu universal. Kerana cinta, kita bahagia. Kerana cinta, hati terluka. Kerana cinta juga, kita mampu mengecap kejayaan dan kecemerlangan baik di dunia mahupun di akhirat. Berbicara soal ini, teringat saya kepada ceramah semasa program Semalam Bersama Masjid yang diadakan baru-baru ini. Saya tertarik dengan tip 5C dari pengkongsian ceramah itu. Jika inginkan kecemerlangan dunia dan akhirat, suburkan 5C ini. Bukan cerdik, cerdas, ceria, cakna mahupun cermat tetapi CINTA.

1) CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL
Cinta yang utama hanyalah kepada Allah dan diikuti cinta kepada rasulNya. Usah sandarkan cinta kita kepada manusia kerana cinta sejati hanya milikNya. Bagaimana untuk mencintai Dia? Patuh, taat dan tunduklah pada suruhanNya. Tinggalkan segala perkara yang dilarangNya. Lakukan apa yang disuruh serta tinggalkan apa yang ditegah..itulah bukti cinta kita.

2) CINTA KEPADA IBUBAPA
Cintailah mereka dengan sepenuh hati seperti mana mereka mencintai kita. Berbaktilah kepada kedua orang tua kita kerana jasa mereka tak ternilai harganya. Restu mereka penentu kejayaan dan kebahagiaan kita. Sesungguhnya, redha Allah terletak pada redha ibubapa kita.

3) CINTA KEPADA ILMU
Jika kamu inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan ilmu,
Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah dengan ilmu,
Jika kamu ingin kejayaan kedua-duanya, hendaklah juga dengan ilmu – (imam syafie)

Disini kita dapat melihat peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Bukan setakat untuk berjaya di dunia malah untuk akhirat juga kita memerlukan ilmu. Oleh itu, usah dikejar ilmu keduniaan sahaja sehingga melupakan akhirat tetapi seimbangkanlah kedua-dua ilmu duniawi dan ukhrawi ini. Cintailah ilmu kerana dunia akhirat tagihkan ilmu.
Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang merintis jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan untuk ke syurga.”


4) CINTA KEPADA PERSAINGAN
Persaingan yang dimaksudkan disini ialah persaingan sihat. Bukan persaingan yang akan menjatuhkan orang lain. Kita bersaing untuk memperbaiki diri dari tidak baik kepada baik, dari baik kepada lebih baik dari lebih baik kepada yang terbaik. Kita bersaing untuk mendapat cintaNya, mencapai redhaNya. Kita berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Bersaing secara sihat, bersaing secara hormat..inilah yang kita perlukan.
Dan C yang terakhir bukanlah cinta kepada kekasih, teman wanita, teman lelaki atau seangkatan dengannya tetapi C itu ialah cinta kepada...


5) CINTA KEPADA UMMAH
Untuk mendapat kejayaan yang sebenar disisi Allah, cinta kepada ummah inilah pelengkapnya. Kita dituntut untuk mengasihi antara satu sama lain. Kita juga punya tanggungjawab yang besar terhadap ummah, terhadap saudara kita. Hormat-menghormati, tolong-menolong serta yang paling utama ialah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Inilah peranan kita.

Cinta..cinta..cinta..Dan cinta inilah yang membawa kita kepada kejayaan. Jadi, semaikan ia, suburkan ia. Semoga kejayaan mengiringi kehidupan kita. InsyaAllah..

Friday, January 15, 2010

Cinta Kita, Cinta Sakura?

Sakura yang indah itu pasti menggamit setiap mata yang memandang. Apatah lagi melihat kelopaknya yang bertaburan di lantai bumi. Sesekali berterbangan ditiup angin. Cantik, indah dan yang pastinya memikat hati. Namun sayang, indahnya hanya seketika. Mekarnya cuma semusim. Tatkala musim berganti, sakura jua menghilangkan diri.


Namun, bagaimana pula dengan manusia? Bagaimana pula dengan kita? Adakah seperti bunga sakura? Adakah cinta kita terhadap Ilahi hanya bermusim? Mekarnya cinta kita hanya pada pada masa-masa yang tertentu. Disaat kita senang, gembira dan bahagia, kita lupakan Allah. Bila kita susah, sakit atau tak punya siapa, barulah kita menagih cintaNya. Mendekatkan diri padaNya. Saat ini, cinta kita pada Ilahi semekar sakura dimusim bunga. Dan saat kita kembali senang dengan dunia, cinta itu semakin layu dan akhirnya hilang sebagaimana hilangnya sakura tatkala musim berganti. Adakah cinta kita cinta sakura??? Tepuk dada, jentik hati, tanyalah iman…

Tidak dinafikan, iman kita ada turun naiknya. Ada ketika iman kita berada ditahap yang tinggi. Adakalanya iman kita tersangatlah lemah. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari darinya. Walau dimana pun level iman kita, jangan biarkan cinta kita pada pencipta kita hilang dalam diri. Berusahalah memburu cintaNya. Berusahalah mengutamakan cintaNya lebih daripada segalanya.

Moga cinta kita pada Ilahi bukannya cinta sakura yang hanya bersifat sementara. Semoga cinta itu mekarnya sentiasa tanpa mengira musim.
“Wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku pada agamaMu dan tetapkanlah hatiku atas ketaatan kepadaMu”…

Tuesday, January 12, 2010

Semalam..Hari Ini..Esok

Semalam..
Putaran masa kenangan datang menjelma. Ada yang mahu dikenang dan ada yang mahu dilupa. Ada yang mampu membuatkan ketawa lucu terbit secara tak sengaja.. Ada jua yang mampu membuatkan hati membara dan terbit linangan airmata kecewa.. Namun walau cuba dilenyapkan semuanya.. sudah namanya kenangan dan ingatan pastinya ia kekal ada di kepala.. di fikiran letaknya.. Cuma bila kenangan itu tiba seketika.. Fikiran pula berkata-kata.. Untuk apa dikenang semuanya.. Untuk apa diingat yang duka lara.. Kenanglah yang gembira ceria.. Ingatlah yang indah sentiasa.. Tapi hati pula menjawab perlahan sahaja.. Ya itu benar dan nyata.. tapi yang duka kecewa walau selama mana cuba diabaikan sedetik cuma.. Kesannya hati ini yang merasa.. hati ini juga yang luka amatnya.. walau tidak ada setitik pun terbit merah darahnya.. Kesan luka itu masih kekal ada.. di situ.. berbekas kekal selamanya.. Adakah itu namanya dendam rasa? Adakah itu namanya pentingkan jiwa? Adakah itu kerana aku hanya seorang manusia biasa? Punya akal fikiran dan jiwa raga?

Hari ini..
Ya.. kini rasa-rasa itu aku biarkan berlalu pergi.. Seolah kini ia tidak lagi berbekas di hati ini.. Walaupun kadang ia datang singgah menyepi dan duduk di sebelah mohon menemani.. Aku hanya mampu memandang ia sepi dan pergi.. Cukuplah kata diri ini.. Aku sudah tidak mampu lagi menemani dan menanti.. Aku sudah tidak mampu jua berdiri dan berlari seiring selari.. Laluan kehidupan kini sudah berbeza langkah hari demi hari.. Tahun juga berganti.. dan terus berganti.. Cukuplah semua yang pernah dilalui.. Pasrah.. Redha.. itu sahaja yang ada di dalam rasa ini.. Tidak terdaya rasanya bahu menanggung bebanan itu dan ini.. Aku kini mahu terus berlari.. dan terus berlari.. dan kadangkala juga berhenti seketika menikmati indahnya alam yang ditinggalkan jauh di sana sini.. Merenung bezanya musim yang berganti.. Merakamkan keindahan yang tidak lama berdiri.. Mendengar keluhan yang merengus sedih sepi.. Memegang erat yang sentiasa setia mengabdi.. Memeluk rasa jiwa buat mereka yang sekadar bertanya khabar diri saban hari.. Senyum pada yang mengerti dan memahami..

Esok..
Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.. Dan aku biarkan ketentuan hari esok itu di tangan Yang Maha Esa..Namun, takkan sesekali ku menyerah tanpa berusaha terlebih dahulu. Kerana kusedar, walau apa pun ketentuan masa depan.. Setiap kita punya tanggungjawab untuk mencorakkan sendiri masa depan.. Setiap kita juga punya etika untuk berhemah dalam membuat tindakan dan perbuatan.. Setiap kita juga punya amanah untuk dipikul dalam membina kehidupan.. Setiap kita juga punya definisi sendiri dalam memberi makna jatidiri kendiri.. Setiap kita juga punya suara untuk membuat sebarang keputusan. Dan kuharap biarlah esok lebih baik daripada semalam mahupun hari ini...

Thursday, January 7, 2010

Mengejar Bahagia

Dalam mengejar bahagia
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Matlamat yang sama kaedahnya berbeza
Destinasinya satu tapi jalannya berliku
Lalu bermacamlah cara mencapainya

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
Tidak kurang yang merasakan bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan

Namun,
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah

Hakikatnya,
Bahagia itu dari dalam diri
Asasnya iman pada Ilahi
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati TUHAN

Untung Nasib

Kadangkala dalam mengharungi kehidupan harian, kita pernah juga terfikir tentang untung nasib diri.. kadang terlintas juga tentang untung nasib orang lain.. Paling tidak pun terfikirkan untung nasib mereka yang rapat dengan kita..

Untung nasib dalam mengharungi perjuangan, inilah yang menjadi kerisauan buat kita..Risau apakah output yang akan kita dapat diakhir perjuangan ini.. Apakah untung nasibnya.. untungkah.. rugikah.. berjayakah.. gagalkah.. Semua itu sedikit sebanyak pernah dan sedang menjadi persoalan dan senantiasa berlegar-legar dalam ruangan fikiran..

kerisauan semalam yang sedikit sebanyak bersarang di hati..kerisauan yang akhirnya membuahkan rasa takut.. Takut akan semua yang telah diusahakan tidak cukup lagi usahanya.. Takut nanti yang dicari dikatakan perlu dicari lagi.. Takut nanti yang telah dibuat perlu dibuat lagi.. Takut nanti yang disiapkan belum tentu lagi boleh dikatakan siap.. Ahh.. semua rasa-rasa yang biasa buat kita.. dan pastinya persoalan demi persoalan tentang status masa depan itu.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Mungkin juga kerana perjuangan ini mempunyai akibat yang perlu ditanggung di penghujungnya yang menyebabkan sedikit sebanyak kerisauan itu turut terus bersarang.. Pelbagai perkara menjadi fikiran satu demi satu.. Persoalan kehidupan juga turut perlu difikirkan dan dipersiapkan.. Andai itu.. dan andai ini terjadi.. Semua itu perlu siap sedia.. duit.. harta.. keperluan.. kemampuan.. keinginan.. kehendak.. tanggungjawab.. kepentingan.. semua perlu diambil kira.. Mana yang perlu, diutamakan.. Mana yang tidak, diketepikan buat sementara waktu..

Yang pasti.. Teruskan berusaha.. Teruskan perjuangan.. Jangan putus asa.. Harapan sentiasa ada.. lulus atau gagal.. kita serahkan pada yang kuasa.. InsyaAllah..

Wednesday, January 6, 2010

Duhai Tangan...Usahlah Dikau Terbakar

Indahnya 2 tangan yang mempunyai 5 jari setiap satunya. Subhanallah..inilah nikmat yang agung. Tanpa ibu jari, kita gagal untuk memegang segala harta benda..kurangnya satu jari, kehidupan menjadi sukar..kurangnya 1 jari kaki, langkah kaki menjadi tidak teratur..

Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kamu dustakan...

Wanita...jangan jatuhkan harga dirimu yang mahal. Membiarkan tanganmu di sentuh, digengam erat penuh kasih sayang palsu bertopengkan nafsu. Dipeluk mesra oleh buaya-buaya ganas kelaparan.
Wahai anak muda ISLAM…tidakkah engkau fikirkan masa depan bakal anak-anakmu kelak?.. Anak-anak yang bakal lahir dari kasih sayang berasaskan nafsu syaitan..nafsu keseronokan..bukannya dari CINTA suci Illahi? Dan akhirnya anak-anak itulah yang akan menerima nasib dari sebuah perkahwinan yang telah di cemari dengan noda-noda hitam.
Bagaimana pula dengan tanganmu itu? Dapat terlihat dosa-dosa hitam mencurah-curah menitis dari jari–jemari yang mengengam yang bukan halal bagimu.. Tangan yang ALLAH berikan sebagai amanah melakukan ibadah, engkau dustakan dengan melakukan dosa besar.
Tidakkah engkau tahu,setiap yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan di hitung? walaupun mungkin dosa yang engkau lakukan telah lama sekali sehingga terlupa akan kejadiannya..
Setiap material di sekeliling..dinding, kerusi, meja, ayam goreng, ais krim, sudu, garfu akan menjadi saksi ALLAH, dan ALLAH akan menjadi pendakwa raya…
Aku sedar…dan yakin..anda semua tahu..wahai anak muda. Tetapi di butakan mata demi meraih cinta penuh nafsu. Jiwa Remaja yang mencari kebahagiaann.
Mungkin juga dikau ingin lari dari keadaan dosa ini..tetapi tidak mampu kerana wujudnya si pujaan hati di sisi yang sentiasa menyokong dan memeluk erat penuh ‘kasih sayang’. Menjadi pelindung bagi wanita. Adakah mereka juga mampu melindungimu di sana kelak?

Duhai tangan…usahlah dikau terbakar di sana..

sumber: halaqah.net


bisikan hatiku:
tangan yang mengaminkan doa..jangan kau kotori

Tuesday, January 5, 2010

Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.
Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk Mu yang mententeramkan, tuangkan dalam jiwa yang bergejolak ini kedamaian, dan ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.
Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini pada cahaya Mu, bimbinglah sesatnya perjalanan ini kearah jalan Mu yang lurus dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan Mu merapat ke hidayah Mu!
Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secerah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tentera Mu.
Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua.Kami berlindung kepada Mu dari setiap rasa takut yang datang, hanya kepada Mu kami bersandar dan bertawakal, hanya kepada Mu kami memohon, dan hanya dari Mu lah semua pertolongan.
Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong.
Amin