Pages

Tuesday, March 13, 2012

Cinta Halal Haram


Pernah seorang pemuda bertanya satu soalan kepada Iman Hassan Al-Banna;
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"

Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab;
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram".

Jika orang kata bercinta itu haram, saya geleng kepala tidak setuju. Cinta itu fitrah. Tidak haram. Yang haram ialah cara manusia menyalurkan cinta itu. Jika bukan pada yang berhak, jika ternyata melanggar syariat, sudah pasti ia haram! Tiada kompromi dalam hal itu.

Dan jika orang kata bercinta sebelum kahwin itu haram, saya berfikir berkali-kali. Haramkah? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi jika orang kata bercouple sebelum kahwin itu haram, tanpa berfikir panjang, saya kata haram. Couple bukan budaya Islam. Harus jelas disini, bercinta dan bercouple adalah dua perkara yang berlainan. Nyata berbeza sama sekali!

Saya setuju dengan prinsip cinta Hilal Asyraf; "cinta itu adalah kita ingin bersamanya hingga ke syurga. Apa-apa yang membawanya ke neraka, itu bukan cinta namanya"

Maka, jika benar jatuh cinta, pandulah cinta itu ke arah redhaNya. Ikuti apa yang Islam anjurkan. Bukan dengan bercouple bukan juga ke arah kehancuran!


Mari meraih cintaNya!