Pages

Photobucket

Friday, May 21, 2010

Setelah Setahun Berlalu

Setahun telah berlalu. Namun, kenangan itu masih segar di ingatan. Terpahat kukuh dalam diri. Kenangan yang takkan dilupakan. Mungkin untuk seumur hidup. Tapi biarlah hanya saya dan Dia sahaja yang mengetahui.

Ya Allah, jadikan hariku hari ini lebih baik daripada semalam. Dan hari esok jauh lebih baik daripada hari ini. Semoga setiap saat yang berlalu, redhaMu sentiasa mengiringiku. Dan semoga dengan bertambahnya umurku walaupun hanya sesaat, bertambah jua amal ibadahku kepadaMu.

*****
Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghoyatuna
Ar Rasul qudwatuna
Al Qur'an dusturuna
Al jihadu sabiluna
Al mautu fi sabilillah
Asma amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

*****

Lagu ini terlalu bermakna untuk dihayati. Setiap kali mendengar lagu ini, kenangan itu terimbas kembali. Mungkin untuk menaikkan semangat, mungkin juga sebagai muhasabah diri.

Terima kasih Ya Allah atas nikmatMu ini. Ya Allah, kekalkan aku di jalan ini dan matikanlah aku dalam agamaMu. Amin...

bisikan hatiku:
air mata menitis lagi..


No comments:

Post a Comment