Pages

Photobucket

Monday, May 3, 2010

Berikan Hatimu Serahkan Cintamu

Akhir-akhir ini, bicara cinta banyak diperkatakan. Kata cinta sering dilontarkan. Drama cinta sentiasa dipertontonkan. Di laman facebook, di blog-blog, lambakan majalah juga di kaca tv, soal cinta jadi tumpuan.

Persoalannya, salahkah bercinta? Salahkah dicintai? Salahkah berbicara soal cinta?

Jawapannya, sudah tentu tidak! Bukankah cinta itu fitrah? Bukankah cinta itu anugerah Ilahi? 

Kuatnya ibadah kita adalah kerana cinta.
Kuatnya kita pada dakwah ini adalah kerana cinta.
Kuatnya kita dalam perjuangan adalah kerana cinta.
Rindunya kita akan kampung halaman adalah kerana cinta.
Rajinnya kita belajar dan bekerja adalah kerana cinta.

Bukankah semua ini kerana cinta? Cinta itu bukan hanya terbatas pada sesama manusia. Cinta kepada agama, cinta kepada tumbuhan dan binatang, cinta kepada alam, semua ini adalah cinta. Bagi yang tahu menghargai, cinta itu tinggi nilainya. Bagi yang tahu menghayati, cinta itu bukan untuk dipersiakan.


bolehkah kita hidup tanpa cinta?

Namun, layakkah kita memberi cinta tanpa mencintai sang pencipta cinta terlebih dahulu? Layakkah kita menagih cinta dari yang lain tanpa meraih cintaNya terlebih dahulu? Cintailah DIA sebelum kau mencintai ciptaanNya. Kejarlah cintaNya sebelum mengejar cinta manusia. 

Dia cinta utama..Dia cinta pertama

Usahlah resah andai tiada cinta manusia. Andai cintaNya mampu kau rasai, insyaAllah cinta yang lain akan mengiringi. Andai tiada juga cinta di dunia, cinta di sana pasti menanti.

Berikan hatimu pada Dia yang Maha Menyintai
Berikan hatimu pada Dia yang Maha Memahami
Kerana
Walau berkali-kali kau berpaling dariNya, cintaNya tak pernah padam
Walau berkali-kali kau khianati cintaNya, cintaNya tetap ada

Sahabat, bawalah hati ini padaNya. Serahkan cinta ini buatNya. Sesungguhnya, Dialah pemilik hati ini. Dan Dialah pemilik sebenar cinta ini.


bisikan hatiku:
moga cintaNya menemani setiap langkahku..

2 comments:

mentari senja said...

cinta dan mencintai.....
sukar diungkap, dapat dirasai...dalam getar hati kecil ini..

namun yg pasti kusyukuri , persahabatan yg trus mengikat kita adalah kerna cinta padaNya..insyaAllah...

truskan perjuangan hingga bertemu benarnya janji Ilahi....

*tiba2 terkenang awal2 persahabatan dulu

Sutera_Iman said...

cinta itu seperti angin, kamu tidak dapat melihatnya. Kamu hanya dapat merasakannya.

hati ini tidak mampu bernafas tanpa cinta..cinta pada Ilahi..cinta pada agama..cinta pada keluarga..cinta pada teman2…dan cinta kepada segala-galanya

namun cinta sejati itu hanya untuk Allah dan rasulNya..dan itulah kemuncak cinta

arahkanlah kekuatan cinta kepada sesuatu itu demi kerana Allah dan pasti cinta beginilah yang boleh membuat seseorang berkorban dan berkorban untuk menggapai redhaNya

*andai bersahabat atas dasar cinta padaNya, walau jauh dimata tp sentiasa dekat di hati.. walau tiada khabar berita, doa diutus setiap masa..

Post a Comment