Pages

Photobucket

Thursday, March 31, 2011

Aku Nak Kawen!!!

AKU tahu, kau sendirian
berhajatkan teman
AKU ciptakan dari jenismu
agar kau berasa tenteram

*****

Hujan takdak, ribut tak mai, guruh tak berdentum..tiba-tiba tajuk penuh kontroversi. Eh..eh, kenapa ceq cakap utara ni. Haha..layan jelahh. Tajuk je yang kontroversi, harapnya tiadalah spekulasi. Bukan juga untuk menimbulkan sensasi tapi hanya ingin mengubah persepsi.

"Aku tak sabar nak kawen" luah seorang teman kepada teman baiknya.

"Gatal kau ye" balas temannya.

Atau...

"Mak, kalau orang nak kahwin, mak bagi tak? tanya seorang anak kepada ibunya.

"Haa..jangan nak menggatal. Belajar dulu sampai habis tu" keras amaran seorang ibu.

Inilah fenomena yang kerap berlaku.

Asal keluar dari mulut perempuan nak cepat kahwin, kita labelkan dia gatallah, mianglah, tak sabarlah, tak malulah. Apa yang gatalnya nak dirikan masjid, nak hidupkan sunnah Rasulullah. Nak malu apanya kalau benda yang kita nak buat itu betul. Itu malu tak kena tempat tu.

Lainlah kalau yang asyik berkepit dengan lelaki bukan muhrim ke hulu ke hilir. Yang tu yang patut dikata gatal. Bukan setakat gatal, tapi tak malu, jenis muka tembok dan semua skalilah. Tapi orang kita dah anggap benda tu biasa dan tak perlu dimalukan. Hmmm..dunia dah tunggang terbalik.

Sepatutnya bila ada perempuan yang cakap dia tak sabar nak kahwin, kita kena beri galakan dan sokongan, ucap tahniah sebab dia nak buat pahala. Kita kena respect sebab dia bersedia nak pikul tanggungjawab yang bukan sedikit. Bukan label dia gatal. Tapi of course dia kena tahu dan faham apa makna perkahwinan itu dulu. Betulkan niat untuk berkahwin itu.

"Macam mana pula kalau perigi mencari timba? Bukan terhegeh-hegeh namanya tu" Ni satu lagi suara sumbang masyarakat kita. Come on lah, kalau benda lain nak sangat bebas, kena berfikiran terbukalah, jangan kolot sangatlah tapi untuk soal-soal macam ni, bukan setakat sempit malah tak terbuka langsung pemikiran kita.

Adat dan syariat, dua perkara yang berbeza. Jangan bersendikan adat tapi berpaksilah pada syariat. Kalau perigi mencari timba yang dipersoalkan, bukankah jalan keluarnya sudah tersedia? Gunalah tali (orang tengah) sebagai penghubungnya. Andai maruah yang dijaja, bukankah maruah masih terpelihara? Andai malu yang diperkata, bukankah sifat malu itu masih terjaga?

Memetik kata-kata seorang kakak "Kalau syariat mmbenarkan kenape nak malu? banyak lg perkara laen yang wajib di malukan tp orang perempuan skarang dah x malu..contohnya berpeleseran, mendedah aurat..itu yg wajib dimalukan" (credit to kak aai). Inilah silap orang kita. Yang ringan diberat-beratkan, yang berat diringankan. Masalah persepsi yang perlu diubah. Tibalah masanya untuk kita membebaskan diri daripada belenggu adat yang tak berpaksikan syariat.

*****
Adam yang kesunyian
lalu ALLAH ciptakan Hawa
sebagai peneman
dikala tangis dan tawa


2 comments:

mentari senja said...

Ya Allah , jika aku jatuh hati,tetapkanlah hatiku pada insan yg mencintaiMu melbihi sgalanya...yg meletakkan redhaMU sbagai matlamat utama,dn yg snggup meninggalkn aku dn kluarganya demi hebatnya cinta utk syahid d jalanMU,yg bakal mmbimbing aku d dunia,dn yg bakal mengetuai langkahku kesyurgaMU kelak...

dn dspnjang penantian ku ini,Kau peliharalah hati ini agar hati ini btul2 stia menunggunya,agar hati ini tdak dcemari noda cinta yg tdak Kau redhai.....dan buat aku dan dia, tiada yang lbih ku dambakan mlainkan pertemuan yg dpayungi rahmat dn redhaMU...

amin ya Allah...

Anonymous said...

Amin..semoga adek dipertemukan dgn seseorang yang terbaik =)

huhu..ke situ pulak komennya.

~sutera_iman~

Post a Comment