Semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan, semakin banyak pengalaman yang ditimba. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan anugerah yang diberikanNya. Kenangan tercipta lagi di bumi Johor. Indah. Memang cukup indah. Tiada lagi rasa terasing, tiada lagi kebosanan, tiada lagi kesunyian kerana semuanya terisi dengan sesuatu. Ya, sesuatu yang baru!
Mengimbau kembali kesempatan bersama adik-adik PASTI meraikan hari sukan hujung minggu lepas membuatkan saya tersenyum. Pelbagai kerenah, berbagai ragam yang disaksikan. Wajah-wajah yang suci dan comel, gelagat yang mencuit hati, kenakalan dan kedegilan yang menguji kesabaran membuatkan kepenatan yang dirasai hilang sekelip mata.
Menoleh kembali 16 tahun yang lalu, saya pernah berada di tempat mereka. Berpakaian seragam warna hijau, menghafal doa-doa basic dengan sebutan entah betul entahkan tidak, time nasyid tak buka mulut, itu semua cerita kanak-kanak. Kelebihan di PASTI adalah kami banyak diajar dan dididik menghafal doa-doa berbanding lagu kanak-kanak. Dulu banyak doa yang lancar dibaca walaupun tak tahu doa apa sebenarnya. Tapi bila usia meningkat remaja, doa-doa itu terkubur di telan masa. Alangkah ruginya. Kadang-kadang terasa malu dengan budak-budak PASTI.
Benarlah kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Di usia inilah, kanak-kanak seharusnya dididik dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Mengenal ABC, lancar juga Alif Ba Ta. Bukan dididik dengan hiburan semata-mata. Namun, cabaran bagi kanak-kanak hari ini adalah mereka membesar dalam dunia kecanggihan. Terdedah dengan arus kemodenan yang boleh membuatkan mereka miskin dengan nilai keagamaan dan kerohanian. Disinilah peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan arah tuju anak-anak. Bagaimana acuan ibu bapa, begitulah hasilnya pada anak-anak bila mereka besar nanti.
Seronok tengok mereka berarak. Comel dengan pelbagai ragam. Lain yang disuruh, lain yang mereka buat. Siap ada yang menangis. Macam-macam.
Kali pertama dengar lagu tema PASTI, terus cari kat youtube lepas tu ^^ 16 tahun yang lalu, takde lagi lagu ni. Ke saya yang dah hilang ingatan? :)
Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami
Kami harapan ummah
Di PASTI kami diasuh...diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang...cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam
Kami harapan ummah
Di PASTI kami diasuh...diasuh
PASTI pasti berjaya
Islam islam gemilang...gemilang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam
p/s: semoga adik-adik membesar sebagai seorang pejuang agama dan menjadi mata rantai perjuangan yang belum selesai. sama-sama doakan untuk mereka ~
No comments:
Post a Comment