Pages

Photobucket

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas segala limpah kurnia dan kasih sayangNya. Syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga saat ini. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang tidak terhingga ini.

Pejam celik pejam celik, Ramadhan hampir tiba lagi. Ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyambutnya. Ramai juga yang melakukan persiapan untuk berlumba-lumba melakukan ibadah baik persiapan rohani, persiapan fizikal dan sebagainya. Malah tidak kurang juga ramainya yang ingin mengejar ganjaran yang dijanjikanNya sempena bulan mulia ini. Dan akhir sekali, tersangat ramai yang tidak sabar untuk menyambut hari raya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini sekali lagi menyambut hari pertama Ramadhan di tempat orang. Tahun ini adalah tahun kelima berpuasa jauh dari kampung halaman.Cuma bezanya, kali ini jauh di selatan tanah air. Pertama kali berpuasa di tempat orang adalah di Pulau Pinang, tiga tahun berikutnya di negeri Pahang dan kali ini Johor pula menjadi giliran. Namun, kali ini hanya lima hari sahaja berpuasa di tempat orang. Selebihnya adalah di kampung halaman bersama keluarga tersayang.

Ahlan Ya Ramadhan.

sumber: saffmuslim

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. [Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi]

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu tidak terhijab.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan-ramadhan sebelumnya. Selamat berlumba-lumba membuat kebaikan dan beribadah kepadaNya.


No comments:

Post a Comment