Kamu kena bersedia untuk tidak bersedia. Inilah kata-kata yang sering saya dengari hampir dua tahun ini.
Bersedia untuk tak bersedia? Macam mana tu?
Ok..macam ni. Kita tak tahu apa yang mungkin akan berlaku. Jadi kita harus bersedia untuk menghadapi segalanya. Bersedia dalam keadaan yang belum bersedia. Bersedia untuk menghadapi perkara yang tiba-tiba. Bersedia untuk sebarang kecemasan. Dengan kata lain, kita tahu bagaimana untuk menghadapi suasana yang berlaku diluar dugaan kita.
Arghh..rumit bukan? Ok, contohnya begini. Bayangkan tiba-tiba kawan kita jatuh pengsan sedangkan tiada siapa disitu. Apa yang anda akan lakukan. Panik? Tak tahu nak buat apa? Atau anda bertenang dan cuba menghubungi sesiapa untuk meminta pertolongan. Bersedia untuk tak bersedia disini adalah kita tahu apa yang harus dilakukan saat itu sedangkan kita tak pernah bersedia untuk menghadapi saat ini. Sudah jelas apa maksudnya?
Contoh lain. Anda diberi amanah untuk menjadi pengarah sebuah program tetapi anda langsung tidak mempunyai pengalaman. Anda dikehendaki menganjurkan sebuah program yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Atas nama amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada anda, anda tidak mampu untuk mengatakan tidak. Jadi, apa yang anda akan lakukan?
Secara jelasnya saya boleh katakan, bersedia untuk tak bersedia adalah kita tidak boleh berada dalam keadaan leka. Berjaga-jagalah untuk setiap masa. Biasakan diri kita dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Menghadapi keadaan tak bersedia juga perlukan persediaan. Bersedia dari segi perasaan. Bersedia untuk sebarang tindakan. Bersedia memahami keadaan.
Susahlah nak bersedia untuk tak bersedia. Sebab kita tak tahu apa yang menanti di hadapan. Kata hati kecil saya, senang-senang tak payah bersedia apa-apa! Erkk...!
Akhir sekali, kita tak bersedia untuk mati. Tapi, kita harus bersedia untuknya kerana mati itu pasti. Walaupun tidak bersedia, kita harus bersedia!
No comments:
Post a Comment