Balik kampong...
ooo...balik kampong
hati girang...
Lambaian desa tercinta seolah memanggi-manggil. Pulanglah..pulanglah ke kampungmu. (Hee..padahal diri sendiri yang tak sabar-sabar nak balik). Terasa lambat pula masa berjalan. Cepatlah..cepatlah masa berlalu. Cepatlah datang 15 November.
Ish3..teruk kan perangai? Exam tak start pun lagi, dah fikir nak balik. Tapi nak buat macam mana, bab balik ni memang terlebih semangat sikit. Kalaulah study pun bersemangat macam ni, mesti 4 flat punyalah..hoho. Fokus! Fokus! Jom study. Aiseh..apa nak jadi ni?
jom balik!!!..
Hari tu adik ada hantar mesej tanya balik ke tak raya ni. Apa punya soalanlah ni. Jawapannya mestilah balik. Tak sanggup nak beraya di perantauan walaupun raya haji je. Raya tetap raya walaupun aura rayanya tak terasa. Tapi, raya haji kat Kelantan meriah apa..kan? Kan? Pointnya, raya ke..tak raya ke, tetap nak balik.
Hakikatnya, bagi seorang perantau, walau diceruk mana pun dirinya berada, di utara, selatan, timur mahupun barat, walau sejauh mana pun kaki melangkah, hati tetap teringat kampung halaman. Lebih-lebih lagi di musim perayaan. Hati mana yang tidak terkenang desa tercinta? Jiwa mana yang tidak memberontak mahu pulang? Namun, tuntutan keadaan yang tidak mengizinkan. Jadilah mereka perindu di kejauhan. Merindui kampung halaman. Merindui tempat asal walau diri jauh ditempat orang.
Seperti mana seorang perantau sentiasa mengingati kampung halamannya, alangkah lebih bermakna lagi jika setiap daripada kita mengingati tempat asal kita yang sebenar. Ya, kehidupan abadi kita bukan disini tapi di SANA. Tidakkah kita terfikir yang kita pasti akan ke Sana? Bukankah syurga itu tempat pertama kaki manusia berpijak? Tidakkah kita ingin ke sana?
Seperti mana seorang perantau yang sentiasa merindui ayah bonda yang jauh dimata, alangkah indahnya jika setiap jiwa sentiasa merindui Sang Penciptanya yang sentiasa dekat dengan hambaNya. Walau dimana diri berada, ingatlah Dia sentiasa. Di hati tersemat rapi, di fikiran tidak dilupa, terbias pula dengan perbuatan. Alangkah indah merindui kekasih hati yang abadi.
Buat semua, kita adalah perantau. Dunia ini hanya persinggahan. Tiba saatnya, kita pasti akan kembali. Kembali kepada pemilik sebenar. Maka, apakah bekalan yang ingin dibawa pulang? Sama-sama kita mengkoreksi diri..
p/s: good luck untuk semua sahabat yang akan menghadapi final exam tidak lama lagi..
No comments:
Post a Comment