Pages

Photobucket

Wednesday, November 3, 2010

Di Sebalik Lafaz Sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Album : Halawatul Iman II
Munsyid : Far East

*****
Best tak lagu ni? Saya bertanya kepada sahabat disebelah.

Lagu apa ni? Tak best pun...

Saat Lafaz Sakinah. Tahu tak, muslimin siap hafaz lagi lagu ni..

Hah, betul ke?..

Kali pertama saya mendengar lagu ni, saya sendiri pun seperti sahabat itu. Bagi saya, lagu ini tak sedap didengar oleh telinga. Saya tak faham apa bait-bait liriknya sehinggalah hari ini, saya search liriknya. Mendengar sambil menghayati setiap bait-bait katanya.

Kini baru saya mengerti kenapa ramai yang meminati lagu ini. Terlalu mendalam maknanya. Jika dihayati betul-betul, terasa sebak di dada.

Lagu ini mengisahkan tentang seorang bapa yang ingin menyerahkan puterinya kepada seseorang yang menjadi pendamping hidup puterinya.Terharu mendengar bait-bait kata si wali kepada penjaga puterinya. Inilah sebahagian LAFAZ SAKINAH.

*****
Apa itu lafaz sakinah?

“Adalah saya, Mohd Saiful bin Awang, suami kepada Aishah binti Musa yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Saiful dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Aisyah yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Aisyah mencium lembut tangan suaminya.

Aisyah membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya.

“Adalah saya Aisyah binti Musa, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” lafaz Aisyah dengan suara yang penuh dengan getaran.

Ini adalah lafaz penyerahan mas kahwin dan penerimaan mas kahwin oleh pasangan pengantin baru tersebut. Sebelum itu, bapa Aisyah juga melafazkan penyerahan tanggungjawab beliau sebagai bapa kepada menantunya, agar dapat menjaga anak perempuannya dengan baik (seperti lagu di atas). Begitu juga dengan ibu Aisyah sendiri yang mengucap lafaz pesanan ibu kepada Aisyah yang baru bergelar isteri. Lafaz itu pula dijawab oleh Aisyah melalui lafaz ucapan terima kasih anak, iaitu Aisyah sebagai anak mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang selama ini membimbing dan menjaganya dengan baik.

~contoh lafaz sakinah~

***
Kesemua lafaz ikrar sakinah ini dapat diperhalusi dan diuntai melalui upacara akad nikah yang berlangsung di negeri Johor. Malah, dipercayai bahawa negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan lafaz ikrar sakinah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

‘Sakinah’ bermaksud tenang dan tenteram. ‘Mawaddah’ pula memberi erti bahagia. Manakala ‘wa-rahmah’ menyatakan maksud mendapat rahmat atau bahagia.

Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Malah penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah digariskan oleh syariat.

Saat beban semakin bertambah, tekanan hidup semakin menghimpit, rumahtangga hilang serinya, ingatlah lafaz sakinah yang diungkap sebaik selesai aku terima nikahnya. Ikrar janji itu bukan untuk sementara tapi sehingga ke akhir usia.

Bukan mudah untuk membentuk sebuah keluarga agar menjadi keluarga yang sakinah. Namun, kesukaran dalam usaha mencari sakinah dalam hidup tidak akan terasa jika setiap manusia tahu tanggungjawab masing-masing sesama manusia dan juga kepada Allah s.w.t.

Ceewahh....jauh pulak perginya.^_^ Nak cerita tentang lagu tu je sebenarnya.. =)

2 comments:

Anonymous said...

salam imani...

dah berangan nak bernikah k?
exam belum mula lagi tau...
graduate pun belum..
huhu..
kalo nk berangan sekejap je tau..hahaha...
(***gurau saje)

Sutera_Iman said...

wassalam syahirah..

erk..kesitu pulak fikirnya..
tak berangan lagi..belum sampai masanya..berangan perkara lain dulu..huhu
InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti..bila tiba saatnya..^_^

Post a Comment