Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas segala nikmat dan kasih sayangNya. Syukur kerana masih diberi peluang untuk menyedut udaraNya dan bernafas seperti biasa.
Hmm..dah lama rasanya tak mencoret sesuatu disini. Mungkin kesibukan waktu membatas segalanya (sibuk sangat ke?..) dan ditambah pula dengan kekeringan idea untuk menulis. Tiba-tiba terasa nak menulis. Hmm..layan jelah.
Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Du'at (KPD) yang telah diadakan hujung minggu yang lepas berjalan dengan lancarnya. Nafas lega mampu ditarik kerana amanah yang dipikul telah berakhir. Teringat lagi kata-kata pengarah "ajk keselamatan yang paling penting sekarang..bukan ajk modul, bukan yg lain tapi keselamatan. Kalau ada apa-apa yang terjadi, ajk keselamatan yang bertanggungjawab" (lebih kurang macam ni la ayatnya..ingat2 lupa sbnrnya..hehe..). Saat ni, saya tak mampu nak kata apa-apa. Hanya hati yang berbicara "Ya Allah, beratnya tanggungjawab ni. Mampukah aku?"
Namun, Alhamdulillah..Allah permudah segalanya. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Tapi, letih juga lah menghalau monyet-monyet kat sana. Dah jadi pak guard saya ni kat sana. Orang lain dengar pengisian, saya sibuk menghalau monyet daripada menceroboh khemah-khemah kami. Nak buat macam mana, dah tugas kan? Tapi banyak juga bekalan makanan kami yang tak dapat diselamatkan. Biskut oat, air kotak, roti, nasi dan banyak lagi makanan kami dicurinya. Huhu..moden sungguh monyet2 ni. Dan, siap ada yang merajuk lagi dengan monyet-monyet kat sana. (sape ye..hehe, biarlah rahsia..) Maklumlah, habis sekotak biskut dicuri oleh monyet2 bertuah tu. Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membantu menghalau monyet2 tersebut. Ada yang kena kejar dengan monyet. Nasib baik lah monyet tu tak garang. Tapi akhirnya terpaksa minta bantuan daripada muslimin apabila kami berenam sudah tidak mampu lagi mengawalnya. Enam orang lawan berbelas-belas ekor..huhu. Akhirnya kami mengundur diri.
Kita tinggalkan kenangan bersama monyet buat sementara. KPD kali ini memberi pengalaman yang sukar untuk dilupakan baik kepada adik2 SG mahupun kepada fasilitator dan ajk sendiri. Pelbagai modul dan pengisian menarik yang disediakan terutamanya modul jalan-jalan pergi dakwah dan Dai'e Idol. Pelbagai ragam dapat disaksikan. Untuk modul jjpd, muka-muka tension adik2 jelas kelihatan. Mana taknya, terpaksa berdepan dengan fasi yang pelbagai ragamnya. Tahniah kepada fasi2 yang berjaya beraksi dengan baik. Ada yang jadi orang asli, ada yang jadi gangster, dan pendek kata mantap2lah lakonan mereka.
Jika jjpd menyaksikan kehebatan fasi2 berlakon, dai'e idol pula menyaksikan kehebatan adik2 menyerlahkan bakat terpendam mereka. Ada yang bersajak, ada yang jadi YB, tak kurang juga ada yang menjadi pakar motivasi dan penceramah. Tahniah kepada adik2 yang berani tampil ke hadapan walaupun dikritik hebat.
Semoga KPD kali ini memberi pengalaman yang cukup berharga buat semua yang terlibat. Dan semoga kefahaman yang diperolehi dari KPD ini mampu diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.
No comments:
Post a Comment