Hari ini mungkin hujan..tapi esok mentari pasti muncul lagi.
Jika esok masih hujan..yakinlah ia pasti berlalu.
Cerita 1
Kaki langit masih lagi kelihatan suram. Kelabu. Tidak membiru seperti biasa. Hujan masih mencurah-curah membasahi bumi.
'Awak suka hujan?'
Baru aja suka hujan.
'Maksudnya dulu tak suka?'
Ya..sebab kalau kena hujan, pasti akan demam. Lagipun, kalau hujan sukar nak kemana-mana. Leceh.
'Habis, macam mana boleh jadi suka?'
Sebab, dalam hujan saya boleh menangis tanpa orang lain sedari. Dalam hujan juga, saya boleh melepaskan semua perasaan yang terpendam. Macam hujan, curahkan segalanya. Lepas tu, saya rasa tenang.
'Hmm..walau kena hujan boleh demam?'
Iya, walau kena hujan boleh demam. Demam, ada ubatnya. Tapi, kalau dalaman yang 'demam', sukar nak cari penawarnya.
Moral: Lepaskanlah apa yang terpendam di hati. Curahkan segalanya, biar terhapus segala peritnya, biar terpadam segala sakitnya, biar menjauh segala resahnya. Umpama hujan, setelah berhenti pasti mentari bersinar kembali. Malah, mungkin lebih indah dihiasi pelangi. Begitulah hidup. Ujian yang menimpa tidak kekal selamanya. Ia pasti berakhir!
Cerita 2
"Andai waktu itu menunggu..tak perlulah meredah hujan untuk pulang"
Tapi, waktu tidak menunggu sesiapa. Pantas saja ia berlalu. Walaupun pasti basah, tetap juga harus diredah. Kerana yang ada di depan harus dikejar. Jika berlengah, ia pasti semakin menjauh.
"Andai dia menunggu hujan itu, mungkin dia akan terlepas daripada merasakan keindahan titisan hujan..."
Jangan dikhuatirkan akan basah, kerana tanpa meredahnya mana mungkin kita menikmati keseronokan itu. Tanpa mencuba, kita takkan merasainya. Tanpa mencuba, tiadalah pengalaman tercipta.
Moral: Hargailah setiap peluang yang hadir dalam hidup. Usah dibimbangkan akan risikonya. Mungkin peluang itu hadir bersama kesulitan, tapi pengakhirannya menjanjikan sebuah kebahagiaan. Ingatlah, tidak semua orang berpeluang untuk melakukan perkara yang benar-benar disukai, kerana lebih ramai orang yang tidak mempunyai peluang.
No comments:
Post a Comment