Sebelum sampai ke destinasi, kena lalu depan kedai ni dulu. Then kali ini, singgah la kejap. Sebenarnya, kedai ni adalah satu kemestian setiap kali ke sini. Tengok-tengok tudung, tapi tak ada yang berkenan. Lepas tu, terus ke depan untuk tengok buku. Tinjau-tinjau, buku yang dicari tak ada kat sini. Tapi jumpa satu buku yang agak menarik minat untuk membelinya. Sebelum ni, memang dah baca review tentang buku ni. Macam best aje. Tapi masih berkira-kira nak beli ke tak. Maklumlah, hujung-hujung sem ni, ekonomi pun dah tak stabil. Akhirnya, tak beli buku ini. Kaki terus dilangkah ke destinasi utama.
Dah nak habis makan, dapat mesej dari seorang sahabat ajak jalan-jalan. Bila saya bagitahu saya keluar, terus ada kiriman pesanan. Lepas makan, patah balik ke kedai ni untuk beli kiriman tu. Then, tengok balik buku tadi. Rasa nak beli je tapi masih berkira-kira lagi. Akhirnya, beli jelah. Lagipun, buku yang diidam tak ada.
Jeng..jeng..jeng. Ini dia buku itu.
Sedikit sinopsis untuk buku ini:
DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta (cinta mengikut tuntutan agama).
Tambahan, buku ini juga turut menyelitkan info-info perubatan baik secara moden mahupun mengikut sunnah Baginda, dalil beserta ayat-ayat Al-Qur'an juga beberapa doa.
Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih? Nak tahu kesudahan cerita ini, bacalah sendiri.
Saya sendiri pun belum membedah secara keseluruhan buku ini. Hanya membelek sepintas lalu. Sedaya upaya menahan diri dari membacanya sekarang memandangkan paper belum lagi berakhir. Memberikan fokus pada study dulu walaupun hakikatnya taklah study sangat. Hehe..
InsyaAllah, buku ini akan dibaca masa cuti nanti. Walaupun buku yang di impikan belum lagi ditemui, buku ini menjadi pengubat sementara. Sabar dan terus bersabar. Andai berjodoh untuk membaca buku itu, InsyaAllah akan ketemu jua akhirnya. Cuma lambat atau cepat aje.
bisikan hatiku:
kedai ini adalah Darul Ansar kat Kuantan Parade...
No comments:
Post a Comment