Awan : Hujan, tolong jangan
pergi.
Hujan : Awan, ada waktunya
melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban
hanya kerana tidak ingin aku pergi.
Awan : Tapi aku masih mampu.
Hujan : *senyum* Ya, mungkin
kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?
Awan : *diam*
Hujan : Aku harus patuh pada
Tuhan kita. Dan kau pun harus akur pada Dia. Dia tahu betapa beratnya
kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi
membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau
perlukan aku.
Awan : *mahu menangis*
Hujan : Sungguh, kadang-kadang
melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali.
Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih? *sebak menahan perasaan*
Awan :
Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Hanya demi Tuhanku. Terima
kasih Hujan. Mendengarmu, aku mengenalku.
Hujan :
*Allahu Rabbi* Selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka
yang lain.
Awan : *airmata jatuh tanpa
henti*
Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Saat
dilepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya
sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan
Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham
pengorbanan.
Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat, cantik bukan? :)
Subhanallah Alhamdulillah Allahukbar.
Kemanisan selepas kepahitan.
Kesenangan selepas kesusahan.
^___^
sumber: disini