Pages

Photobucket

Wednesday, June 1, 2011

Langkah Bermula

terus melangkah ke hadapan

Kata peribahasa, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’. Kalau masuk kandang harimau, macam mana pulak ye? Eh, lari topik pulak. Ok, kembali kepada tujuan utama.

16 Mei

16 Mei, bukanlah satu tarikh keramat, bukan jua hari bersejarah. Jauh sekali hari berbahagia. Namun 16 Mei 2011 adalah tarikh permulaan. Tarikh yang tidak penting untuk dikenang dan diingati, namun cukup penting untuk melaluinya. Penting untuk sebuah masa depan.
“Tarikh tunang ke?”
Jawapannya, bukan dan bukan.
“Ke tarikh kahwen?”
Yang ini lagikan bukan. Bukan sama sekali!
See, kan dah keluar soal kahwen. Ni terkena virus fb barangkali. Sejak akhir-akhir ni, ramai sangat yang post pasal kahwen. Asyik-asyik kahwen. Memang musim orang kahwen sekarang ni. Ishh..tak pasal-pasal fb pulak yang disalahkan.

Tarikh itu adalah tarikh permulaan sebuah perjalanan. Perjalanan ke alam baru yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Kenapa penting? Kerana, tanpa melaluinya maka sia-sialah belajar selama empat tahun di universiti. Tanpa praktikal, tak boleh nak grad :) Bermula tarikh ini, bermulalah fasa menjadi wanita berkerjaya tanpa gaji (erkk..berkerjaya sebab seorang sv kata “kamu bekerja disini, bukan belajar”). Mana nak dapat gaji, sebab ini hanyalah praktikal tanpa sebarang elaun. Semua terpaksa ditanggung sendiri :(

Menyesuaikan Diri

Seawal jam 7 pagi, kami (saya dan teman2 sekampus) berjalan kaki ke bangunan pentadbiran untuk melapor diri sebagai pelajar praktikal. Dengan peluh yang menitis, jam 7.15 pagi kami sudah terpacak di depan bangunan tersebut. Memang semangat! Pejabat pun tak buka lagi. Kalau ada anugerah pekerja paling bersemangat, memang kamilah calon-calon pemenangnya :).

Akhirnya hampir jam lapan pagi, barulah ada pekerja yang mula masuk ke pejabat. Dan kami dijemput masuk menunggu di dalam.
“eh, kenapa duduk kat sini? Masuklah, tunggu kat atas.” (sebab masa ni gaya kami macam dah x larat berdiri. Semua duduk kat tepi kolam depan pintu tu..kesian kan? :p )
Setelah melapor diri, kami terpaksa lagi berjalan kaki untuk mendaki bukit kerana bangunan tempat praktikal berada di atas bukit. Haishh..berpeluh lagi.

Dan sesi taklimat keselamatan, peraturan serta melawat seluruh bangunan ini pun bermula. Setelah itu, kami diberi sebuah bilik dimana semua pelajar praktikal berkumpul. Adalah dalam berbelas orang semuanya yang praktikal kat sini (ni pun x termasuk yang duduk dalam lab). Dari jam 10 pagi hingga lima petang, bermulalah hari yang sungguh membosankan. Hanya duduk bergoyang kaki di dalam bilik tanpa sebarang kerja. Sangat-sangat membosankan! Ingatkan hari pertama boleh balik awal, tapi tetap kena balik pukul lima. Sudahlah dengan perut yang kelaparan, cafe yang dekat semua tutup. Yang buka ada satu tapi tak larat nak jalan ke sana. Maka sepanjang hari, perut mendendangkan pelbagai irama :(

Hari pertama, belajar untuk menyesuaikan diri. Semoga hari-hari berikutnya mampu dihadapi dengan lebih meyakinkan. Bermula dengan langkah pertama, pasti akan ku gagahi hingga ke penamatnya.

No comments:

Post a Comment